iklan

sahabatku

Khamis, 14 Mac 2013

Kek gajus butterscoth..

ASSALAMUALAIKUM

Hai..hai...jumpa lagi....
KEK GAJUS BUTTERSCOTCH.
kek ini memang sedap dengan padanan kek vanila dan kacang gajus...kombinasi yang cukup sempurna.Dan yang paling sedap hingga menjilat jari adalah sos buterscotch.
Resepi asalnya mengunakan kacang pecan oleh kerana yang ada cuma kacang gajus maka terjadilah namanya kek ini.



Semalam birthday my laling gitew...hahaha..
HAPPY BIRTHDAY...



Bila dah bermain dengan fresh cream saya buatkan sekali palova dan juga cup cake.


GAJUS BUTTERSCOTH

KEK SPAN VANILLA
sumber:MAT GEBU

160gm gula halus
15gm ovallate
5 biji telur gred B
125gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1s/k esen vanilla
40ml air
75gm mentega cair

cara
-putar gula dan ovallate hingga sebati.Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu.Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat.
-Masukkan esen vanilla dan putar rata.Tuang mentega cair dan gaul dengan apatula dengan kaedah kaup balik hingga rata.
-Tuang dalam loyang bulat 9" yang telah dilenser.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c  selama 30 minit atau sehingga masak.
-Keluarkan segera dari acuan bila kek masak.untuk mengelakkan kek mendap.

GAJUS KARAMEL
Sumber: FB
-80gm gula kastor
-100gm kacang gajus-dicincang kasar dan dipanggang

Cara
-Masak gula hingga keperangan dan cair sepenuhnya.Masukkan gajus.
-Tuang kekacang karamel tadi atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak.Biar sejuk.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

SOS BUTTERSCOTCH
Sumber:FB

2/3 thin krim
3/4 gula perang
2 1/2 s/b butter
1 s/k esen butterscoth

Cara
-Masukkan semua bahan dalam periuk kecil.
-Kacau atas api kecil selama 10 minit untuk pekatkan sos.

UNTUK SAPUAN ATAS KEK

1 3/4 cawan Fresh cream
-Pukul hingga kental.


-Kek dibelah 2
-sapu fresh cream dan taburkan kacang gajus yang dicincang
-Tutup kembali dengan kek yang satu lagi.
-Lepas sapu fresh cream tuang sos butterscoth diatasnya.
-kemudian hias ikut citarasa anda.


SELAMAT MENCUBA


1 ulasan:

  1. Emmmm...kek nampak gebu...mesti sedap ni kan..:)

    BalasPadam

iklan