iklan

sahabatku

Khamis, 7 Februari 2013

Kek Gula Hangus.


ASSALAMUALAIKUM

Hari ini tetiba je nak makan kek sarang semut..Lama dah x makan.
Lagipun semalam ada tempahan dari kak hawa.Kak hawa ni memang peminat sangat dengan kek ni dalam 2 bulan sekali mesti dia tempah.Bila dah siap bakar macam nak gigit2 je geram pulak.
Tak tertahan tergoda.Saya pun buatlah lagi satu nasiblah tak lama buat ni dalam 1 jam dah siap bakar.Masih panas2 lagi dah potong terus ngap..ngap..Fuh lega dah tak geram lagi.
Rasa kek ni memang best sangat.Rasa yang sedang2 manis dan kengenyalan nya.Sarang dia pun menjadi kalau semut buat sarang gerenti jadi kem askar semut.Ada sesiapa nak resepi.Oleh kerana kerajinan hari ini saya bagi resepi ye...



KEK GULA HANGUS

1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 s/k soda bikarbonat
2 s/b mentega


-masak gula hangus kemudian masukkan mentega.sejukkan.
-Ayak tepung dan soda ketepikan sebentar.
-Pukul 4 biji telur sehingga kembang.
-masukkan susu pekat pukul sebati.
-Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
-Dan akhir sekali masukkan gula hangus gaul sebati.
-Bakar 1 jam.



2 ulasan:

  1. Lama tak buat kek ni... sedap buat minum petang kan...

    BalasPadam
  2. sedap kak gee..buatlah nanti bagi kite sepotong ea..

    BalasPadam

iklan