iklan

sahabatku

Khamis, 14 Mac 2013

Kek gajus butterscoth..

ASSALAMUALAIKUM

Hai..hai...jumpa lagi....
KEK GAJUS BUTTERSCOTCH.
kek ini memang sedap dengan padanan kek vanila dan kacang gajus...kombinasi yang cukup sempurna.Dan yang paling sedap hingga menjilat jari adalah sos buterscotch.
Resepi asalnya mengunakan kacang pecan oleh kerana yang ada cuma kacang gajus maka terjadilah namanya kek ini.



Semalam birthday my laling gitew...hahaha..
HAPPY BIRTHDAY...



Bila dah bermain dengan fresh cream saya buatkan sekali palova dan juga cup cake.


GAJUS BUTTERSCOTH

KEK SPAN VANILLA
sumber:MAT GEBU

160gm gula halus
15gm ovallate
5 biji telur gred B
125gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1s/k esen vanilla
40ml air
75gm mentega cair

cara
-putar gula dan ovallate hingga sebati.Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu.Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat.
-Masukkan esen vanilla dan putar rata.Tuang mentega cair dan gaul dengan apatula dengan kaedah kaup balik hingga rata.
-Tuang dalam loyang bulat 9" yang telah dilenser.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c  selama 30 minit atau sehingga masak.
-Keluarkan segera dari acuan bila kek masak.untuk mengelakkan kek mendap.

GAJUS KARAMEL
Sumber: FB
-80gm gula kastor
-100gm kacang gajus-dicincang kasar dan dipanggang

Cara
-Masak gula hingga keperangan dan cair sepenuhnya.Masukkan gajus.
-Tuang kekacang karamel tadi atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak.Biar sejuk.
-Simpan dalam bekas kedap udara.

SOS BUTTERSCOTCH
Sumber:FB

2/3 thin krim
3/4 gula perang
2 1/2 s/b butter
1 s/k esen butterscoth

Cara
-Masukkan semua bahan dalam periuk kecil.
-Kacau atas api kecil selama 10 minit untuk pekatkan sos.

UNTUK SAPUAN ATAS KEK

1 3/4 cawan Fresh cream
-Pukul hingga kental.


-Kek dibelah 2
-sapu fresh cream dan taburkan kacang gajus yang dicincang
-Tutup kembali dengan kek yang satu lagi.
-Lepas sapu fresh cream tuang sos butterscoth diatasnya.
-kemudian hias ikut citarasa anda.


SELAMAT MENCUBA


Rabu, 6 Mac 2013

MACOROON...Akhirnya kau menjadi juga.

Assalamualaikum.

Hari ini lepas sudah hajat dihati yang saya simpan lama sudah.
Mula nye memang tidak terancang langsung.
Pagi tadi lepas siapkan sarapan tetiba je teringat nak buat kukis ni.
berkobar-kobar lah pulak bila dah sampai seru.terus je merempit kat dapur.Dulu pernah juga buat sekali masa tengah hot meletop.Ramai dah buat sana sini tunjuk kukis ni macam-macam warna ade.Tapi saya buat tak menjadi skirt tak ade dan pecah atasnye keluar isi perut.


Akhirnya menjadi juga macaroon.Walaupun tidak secantik rakan-rakan blogger yang lain.Ini pun dah cukup gembira sangat bila elok kejadiannya.Lain kali boleh buat lagi.Biar sampai cantik dan bercolor maler gitu.
Untuk resepi saya ambil dari SINI.Terima kasih sebab sudi kongsi resepi nya.Mood malas nak tulis resepi jadi tengok gambar je ea..


.....jumpa lagi.....


Jumaat, 15 Februari 2013

ANEKA MUFFIN.


                                                               



ASSALAMUALAIKUM

salam jumaat semua...
Dah petang gini baru sempat nak mengupdate kan...
cuti minggu ni marah betui dengan celcom.Nak bw pun tak boleh tenet lembat cam ciput.
Baru ni boleh guna itu pun asyik putus jer...eeegerammmmm
Ok dah buang marah tu..

Aneka muffin ni saya buat untuk balik kampung ahad lepas.fikir punya fikir apa nak buat untuk bawa buah tangan.Saya buat yang senang je cepat siap.
Resepi saya BW kat blog yang glamer lagi cun dan terkenal dengan nama Izah muffin lover.Terima kasih la sesangat.Memang berbaloi dan menjadi kejadiannya.
Tak nak cerita panjang sangat jom kita layan gambar.

muffin pisang

muffin pandan

muffin jagung

muffin coklat





Khamis, 7 Februari 2013

Kek Gula Hangus.


ASSALAMUALAIKUM

Hari ini tetiba je nak makan kek sarang semut..Lama dah x makan.
Lagipun semalam ada tempahan dari kak hawa.Kak hawa ni memang peminat sangat dengan kek ni dalam 2 bulan sekali mesti dia tempah.Bila dah siap bakar macam nak gigit2 je geram pulak.
Tak tertahan tergoda.Saya pun buatlah lagi satu nasiblah tak lama buat ni dalam 1 jam dah siap bakar.Masih panas2 lagi dah potong terus ngap..ngap..Fuh lega dah tak geram lagi.
Rasa kek ni memang best sangat.Rasa yang sedang2 manis dan kengenyalan nya.Sarang dia pun menjadi kalau semut buat sarang gerenti jadi kem askar semut.Ada sesiapa nak resepi.Oleh kerana kerajinan hari ini saya bagi resepi ye...



KEK GULA HANGUS

1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
2 s/k soda bikarbonat
2 s/b mentega


-masak gula hangus kemudian masukkan mentega.sejukkan.
-Ayak tepung dan soda ketepikan sebentar.
-Pukul 4 biji telur sehingga kembang.
-masukkan susu pekat pukul sebati.
-Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
-Dan akhir sekali masukkan gula hangus gaul sebati.
-Bakar 1 jam.



Isnin, 4 Februari 2013

Budget coklat cheese cake.


ASSALAMUALAIKUM



Hai semua apa khabar..?
Saya disini sihat-sihat sokmo..Alhamdulillah minggu ini ada rezeki untuk saya dengan tempahan yang ringan-ringan...

Tempahan semalam dari KAK MILAH...BANDAR BARU UDA...500pcs...budget coklat cheese cake..

TERIMA KASIH




Isnin, 28 Januari 2013

MENDERHAKAKAN KEK POP KEPADA DONAT POP..


ASSALAMMUALAIKUM




Bertemu lagi..harap teman2 semua sihat selalu.
3 hari cuti ni apa nak buat untuk anak2 makan.bila BW kat blog kekawan Semua nampak sedap macam nak buat semua apa yang kawan tunjuk selera je.
Projek semalam maka terhasil lah kek pop ini.Tapi aku telah derhakakan resepinya kepada donat..hahaha...nak buat kek rasanya mcm lambat hendak dimakan.Kalau buat donat bulat-bulat letak lidi dan celup coklat tabur segala bagai manik.Selesai sekejap je licin.
Saya buat banyak juga 1kg tepung.Puas mengentil tepung buat bulat-bulat.
Bila dah banyak gini saya bungkus dalam plastik suruh anak panggil kekawan dia naik rumah bagi sorang satu.Bukan main suka le budak-budak.Boleh datang semula nak lagi..hahahaha...
Dah rezeki korang semalam makan je lah sampai puas.



Isnin, 14 Januari 2013

Tempahan....Kek padang bola.


ASSALAMMUALAIKUM

tempahan semalam....kek padang bola..
aku rasa buat kek ni la paling senang...cuba paipkan saje creamnya jadi rumput.Macam main-main jer.
Ambik kau rumputnya aku buat panjang-panjang hehehe...kalau ada lah padang bola rumput tinggi tu nampaknya tak de orang nak main bola.Mesti yang tempah ni suka main bola kan.Sampai kek pun nak kek padang bola.Lepas makan kek ni mesti POWER tu bertambah kan.Sebab dia makan padang bola.Nasib baik jaring gol dengan orang nye tak boleh makan.Hehehehe..Jangan marah tau gurau je... 
Aduhhhh....aku lupa nama dia siapa...sorry betul-betul tak ingat..jangan marah tau kalau baca n3 ni. 
terima kasih diatas tempahanya...




Ahad, 13 Januari 2013

Cara mengetahui telur segar..


assalammualaikum...


airgaram1 Cara Mengetahui Telur Segar
sumber:pen merah
cara nak tahu telur segar rupanya senang jek dengan rendam telur dalam air.Bagusnya nanti bila nak masak haaaa dah boleh kurangkan risiko terkena jangkitan.Okay,lepas telur direndam cara seterusnya ditentukan dengan tengok kedudukan telur dalam air; 

1.Sangat segar- telur yang sangat segar akan tengelam ke bawah dan terbaring dengan elok.

2.Berusia semunggu -telur dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang 'gemuk' pada telur akan terangkat sedikit.

3.Berusia 3 minggu- telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang 'gemuk' akan naik ke atas.
4.Telur busuk- telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air jadi jangan pergi makan pulak.

p/s:Selama aku makan telur ayam,tak pernah terfikir nak rendam macam ni.lepas ni boleh cuba! nanti tak pasal makan telur busuk!

Jumaat, 11 Januari 2013

Buget cup cake with container...

ASSALAMUALAIKUM

jumpa lagi...di pagi jumaat yang tenang...
tempahan semalam....buget cup cake with container...puan fida dari ulu tiram...
300pcs...terima kasih dengan tempahanya harap berpuas hati...




Rabu, 2 Januari 2013

tempahan..kek coklat cheese


ASSALAMUALAIKUM

Rezeki di awal tahun baru...1.1.2013..
kek coklat cheese tempahan dari regular customer..liza...
terima kasih untuk tempahan selanjutnya yg dah masuk senarai yang paling awal.








Selasa, 1 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

ASSALAMUALAIKUM

~*~*~SELAMAT TAHUN BARU~*~*~

SOALAN LAZIM YANG BIASA KITA DENGAR....BILA DAH MASUK TAHUN BARU..

TERCAPAIKAH AZAM ANDA TAHUN LEPAS?
.....................................................................
APA PULA AZAM ANDA TAHUN INI?
.......................................................................
JAWAPANNYA.....MALAS LAH NAK JAWAB ...AWAKLAH TOLONG JAWABKAN...HAHAHAHA...BOLEH GITEW...

SEBABNYA ADA YANG DAH TERCAPAI DAN ADA JUGA YANG TIDAK TERCAPAI....OH..SEDIHNYA..

DENGAN KATA-KATA SEMANGAT YANG BARU TAHUN INI AKAN LEBIH BERMAKNA DALAM HIDUP ANDA DAN JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG YANG ADA DIHADAPAN KITA.JANGAN PANDANG BELAKANG JELING PUN X NAK..

SELAMAT TAHUN BARU PADA SEMUA...
SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH CERIA DENGAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DIMURAHKAN REZEKI....AMIN3X...





iklan