iklan

sahabatku

Rabu, 31 Oktober 2012

Majlis korban 2012...

 assalamualaikum....

ahad lepas kami melakukan korban bersama-sama sepasukan antara dan bergotong-royong hingga majlis selesai.acara berlangsung di blok taman air biru.
seawal 7.30 pagi saya sekeluarga berada disana.12 ekor lembu kesemuanya.
2 ekor telah disembelih pada hari sabtu untuk di buat jamuaan pada hari ahad.kami di jamu dengan nasi hujan panas...dengan cuaca yang cukup panas...hujan je x turun.
dan juga acara sampingan disediakan seperti cabutan bertuah...( x ada tuah pun).lewat tengahari baru acara selesai.



posing dulu dengan lembu korban kami sebelum kena sembelih


abg kuat yg tumbangkan lembu dan tukang jaga kepala dan ekor.baru 4 kepala yang tersusun.



bahagian melapah lembu untuk dibungkus


anak dara saya tidur bersama haruman lembu yang cukup kuat.
baju warna purple disediakan untuk yang melakukan korban bagi tahun ini.



 Maksudnya menurut Imam al-Minawi; “binatang korban itu berada di tempat penerimaan yang tinggi iaitu ia diterima oleh Allah sejak mula diniatkan untuk dikorbankan sebelum ia disaksikan oleh orang-orang yang hadir ketika ia disembelih”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan