iklan

sahabatku

Selasa, 10 April 2012

pulut serunding udang

ASSALAMUALIKUM...

lama betul x berkemas rumah yang satu ini....maaflah bukannya malas cuma x kesempatan je...
order tetap saya terima.pada yang telah buat tempahan maaflah kalau x keluarkan n3.
semenjak kamera dah kena kebas segala-galanya hilang..
ini pun guna handset je...

hari ini tatau lah terajin lah pulak.tetiba nak makan pulut serunding.stok udang hubby menjala semangkuk.dengan x ada kepakaran dalam buat serunding saya hentam je lah buatnya...alahai jadilah pulak.tengok muka hubby makan senyum je sedaplah pada dia (senyum sidirlah tu) selama ini banyak kali juga buat serunding tapi semuanya gagal x sedap tapi masih boleh di recycle lah.saya jadikan popia.kat umah ni kalau benda yang kalau dimakan keluarkan bunyi sekejap je licin.sedap x sedap belakang kira janji garing gitu.....hahahaha.
kita kongsi resepi...

serunding udang
1 mangkuk udang basah*
1 biji kelapa
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan halus*
1 sudu besar jintan kasar*
3 helai daun limau (saya tambah)
1 helai daun kunyit (saya tambah)
sedikit lada kisar*
sedikit air asam
garam
gula

cara
kelapa disangai supaya kering sedikit.
blender bahan yang bertanda * halus dan tumis sehingga naik minyak.
masukkan sedikit air asam jawa tumis hingga naik bau.
masukkan pula daun kunyit dan daun limau.
dan perasakan dengan garam dan gula.
masukkan kelapa  dan gaul sebati hingga agak kering sedikit.

2 ulasan:

  1. weee..sedapnya pulut..lps makan sakit satu badan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..ialah dah terasa juga bisanya.nampak gayanya kena makan panadol extandlah...

      Padam

iklan