iklan

sahabatku

Sabtu, 14 April 2012

kek coklat cheese

assalamualaikum..
buat kek coklat cheese saje-saje untuk anak-anak makan.lama dah x buat kek.


sebelum potong sibuk nak posing dulu.yang sibuk asyik mintak kek anak yang kecik sekali.dah seminggu demam tak kebah lagi.ubat dah sebotol habis masih panas turun naik je.bawa pergi klinik kata tak apa-apa.itu yang bengang juga dengan doktor.katanya panas dalam jer...boleh gitu....bolehlah dah dia doktor....


hahaha...separuh sudah untuk malam je.pagi ini dah habis dia buat sarapan.saya buat sarapan mee goreng mereka tak nak makan pun.
saya pun suka juga dengan rasanya sedap lembut je bila masuk dalam mulut di tambah pula dengan cheese lemak manis masin pun ada dengan masam sebab gula-gula yang tabur tu gula-gula masam.....masam diluar manis didalam.
hahaha...terlopong mereka makan sebab masam.jadi kesimpulannya mereka tolak tepi dulu gulanya makan kek dulu habis baru makan gula-gula.jika tidak dia kutip habis dulu gula-gulanya.

kek coklat cheese
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil  baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

cheese
250 keju
60gm gula
1 biji telur
25ml air biasa
1 sudu besar tepung gandum

coklat ganache
2 sudu besar heavy cream
150gm coklat masakan
sedikit mentega

pukul telur dan gula kembang.
masukkan esen vanilla,serbuk koko,dan garam pukul sebati.
masukkan air panas,susu segar dan minyak sebatikan
akhir sekali masukkan tepung gandum.soda dan baking powder sebatikan.
bahagikan 3 bahagian.

pukul keju dan gula kembang.
masukkan telur dan pukul lagi sebati.
masukkan air dan tepung gandum sebatikan.
bahagikan 2 bahagian.
kukus selang seli kek coklat dengan cheese.
setiap selang kukus 15 minit

untuk bahagian topping satukan semua bahan.
cairkan dengan menggunakan double boiler.
kacau hingga semua sebati dan tuangkan keatas kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan