iklan

sahabatku

Isnin, 17 Disember 2012

UBI GORENG VS UBI REBUS...yang mana satu korang suka...

Assalamualaikum....

salam petang semua...menu minum petang hari ini ubi goreng dan ubi rebus...
jika di buat pilihan yang mana satu korang suka....di goreng atau di rebus....
ubi goreng sedap ..bila makan tergigit rempahnya dan dicicah dengan sambal kicap cukup power...
kalau direbus pula lembut gitew masuk mulut ada pula sambal totok atau sambal tumis..
ermmmm...saya pilih ke dua-dua nye sekali...








Sabtu, 15 Disember 2012

Info : Mengapa Biskut Mempunyai Lubang Kecil?





ASSALAMUALAIKUM.....
Pernah tak korang terfikir kenapa ada lubang-lubang kecil pada biskut yang korang makan. Paling obvious ialah pada biskut tawar. Almost semua biskut tawar akan mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Itu bukan hiasan atau suka-suka. Tapi ada fungsinya.. Nak tau? Baca kat bawah..






Pencarian hari ini menunjukkan bahawa biskut-biskut ini dibuat berlubang bukanlah kerana suka-suka. Namun ianya adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Kalau diikutkan, biskut ini akan mengeluarkan wap/ haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan membuatkan biskut kelihatan buruk. Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.

Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalau banyak wap yang keluar. Kalau terlalu jauh, gelembung yang hodoh akan muncul. 

so kesimpulannya aku pun x de resepinya....D...


Jumaat, 14 Disember 2012

bubur nasi sempoi...


assalammualaikum...

petang-petang gini jom kita pekena bubur nasi sempoi ...
sekarang ni aku dilanda kemalasan untuk memasak.....(moody)...
 cuaca pun sekejap hujan sekejap panas jadi terasa macam nak makan bubur nasi....
selongkar peti khazanah ermmmm...ini jer yang ada nak pegi kedai lagi lah malas...boleh lah apa yang ada...kita yang buat dia...lagi pun tengah malas...yang senang-senang je cepat siap cepat makan.....x gitew.....

jemput makan semua....


                                                                             


Sabtu, 8 Disember 2012

order yang lepas-lepas....


assalammualaikum

weeeee......bertemu kembali......
dah berminggu lamenye x bersiaran jangan mare ye kekawan...
nak kata sibuk x juga...kat rumah pun aktiviti biasa2 jer...musim cuti sekolah ni nk mengupdate blog ada lah kurang ckit...baru nak pegang sekejap je pc anak2 dah sibuk himpit... x sampai 15minit lagi....grrrr geramnye....asyik dia..asyik dia  jer....bila giliran ibu pulak.....HANGIN AKU...

banyak gambar order yang menunggu list....ada juga yang dah ter...padam......SORRY.....bebudak ni lah kalau dah berebut guna pc hanset ibu dia buat main...dah lah hanset cap ayam.....hahahaha....

pagi ni line clear...lepas solat subuh anak2 sambung tidur balik....cepat2 aku masak buat sarapan hubby pergi kerja.....dapat aku update blog...sambil santai2....kita intai2 order yang lepas...


                                         
                                           

puding milo dengan agar-agar santan untuk kak khaty dari kota masai...thank kak....



pulut kuning hiasan untuk adik shabiha saiha dari kota tinggi...katanya untuk sambut hari jadi ibu nya.



dan yang terbaru pulut kuning dan rendang daging berkat 70 bekas untuk sue dari taman perling.bekas yang colourfull ni sue sediakan sendiri dan hantar pada malam sebelum nya.....

                                        TERIMA KASIH SEMUA


Rabu, 31 Oktober 2012

Majlis korban 2012...

 assalamualaikum....

ahad lepas kami melakukan korban bersama-sama sepasukan antara dan bergotong-royong hingga majlis selesai.acara berlangsung di blok taman air biru.
seawal 7.30 pagi saya sekeluarga berada disana.12 ekor lembu kesemuanya.
2 ekor telah disembelih pada hari sabtu untuk di buat jamuaan pada hari ahad.kami di jamu dengan nasi hujan panas...dengan cuaca yang cukup panas...hujan je x turun.
dan juga acara sampingan disediakan seperti cabutan bertuah...( x ada tuah pun).lewat tengahari baru acara selesai.



posing dulu dengan lembu korban kami sebelum kena sembelih


abg kuat yg tumbangkan lembu dan tukang jaga kepala dan ekor.baru 4 kepala yang tersusun.



bahagian melapah lembu untuk dibungkus


anak dara saya tidur bersama haruman lembu yang cukup kuat.
baju warna purple disediakan untuk yang melakukan korban bagi tahun ini.



 Maksudnya menurut Imam al-Minawi; “binatang korban itu berada di tempat penerimaan yang tinggi iaitu ia diterima oleh Allah sejak mula diniatkan untuk dikorbankan sebelum ia disaksikan oleh orang-orang yang hadir ketika ia disembelih”

Isnin, 22 Oktober 2012

WAJIB BACA....tiap-tiap hari guna komputer ada bahayanya.


assalamualikum....
hari ini saje jejalan cari info...jumpa pula pasal benda ni...aishhh...seram juga baca...
saya kongsi kat sini pula..

BERHATI-HATILAH!

Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).Gunakan Mouse dengan BAIK dan BETUL!

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom.



Cara elak sindrom karpal





Senaman tangan dapat elak Sindrom Karpal







Isnin, 15 Oktober 2012

MAAF...tiada kata selain maaf..maaf..maaf...

                                            assalamualaikum...
                    tiada kata selain kata yang boleh aku ucapkan dari hati ini.ku harapkan teman-teman ku semua dapat memaafkan aku. bukan sengaja aku biarkan sepi homestay ku ini.banyak perkara yang perlu aku uruskan sejak kebelakangan ini.
                    bermula hari ini aku akan aktif kembali apa yang telah aku tinggalkan...tiada lagi sepi tanpa jawapan...dan bersedia kembali mengambil tempahan semula.

                   


                   

Khamis, 5 Julai 2012

Antara pertandingan lanskap....

assalamualaikum.....

selamat pagi yang mendung.....
hari ini x ada cerita pasal resepi atau order.kita lihat cerita bergambar mengenai tugasan bersama jiran-jiran yang telah dipikul bersama.baik kaum ibu dan bapa begitu juga dengan anak-anak..kiranya macam wanderpets lah apa yang penting kerjasama.

tugasan ini bermula 3 mingggu yang lepas. masih dalam ubahsuai dan reka cipta yang paling kreatif dan cantik giteww lah..
kami sepasukan begitu gigih bergotong-royong untuk menyiapkan tugasan ini bukan sahaja keringat tapi wang ringgitt juga diperlukan.sebab kalau menang masyuk juga lah $$$$$...

pertandingan ini melibatkan 4 buah blok milik syarikat...dua blok ditaman air biru dan dua blok di taman cendana..ini blok saya ..snap gambar dari atas jew...gambar cap ayam....


 wah ada bintang lagi...untuk buat kolam siap ada pokok krismas lagi akan diletakkan ditengahnya..


jalan untuk terapi kaki..kalau kaum bapa balik kerja penat lenguh kaki boleh terapi..juga untuk kaum ibu-ibu....sambil mesyuarat tingkap..huhuhu...


dan penghujung jalan ada pondok kecil untuk anak-anak jew...ibu-ibu dan bapa-bapa x boleh masuk sebab comel sangat...masih belum siap cuaca hujan jew jadi...kita kumpul tenaga dulu...sambil minum kopi..
ok inilah aktiviti sepasukan antara...untuk hias blok masing-masing...nanti saya akan keluarkan lagi jika dah siap sepenuhnya...dan lihat hasilnya...dan blok mana akan menjuarainya...

Rabu, 20 Jun 2012

jom layan aiskrim malaysia....


assalamualaikum...
selamat tengahari...waktu tengahari begini lepas makan lepak-lepak sambil nonton tv..sungguh best sekali.kat luar cuaca panas terik.asyik nak minum yang sejuk-sejuk je kan.

sesekali kita pekena aiskirm malaysia fuhhhhh....lega...teringat zaman kita kecil dulukan selalu beli kat umah jiran.minta mak duit nak beli aiskrim malaysia 10 sen.dululah... sekarang dah rega 20sen.. his..his...nanti zaman anak-anak kita pula dah rega 30 sen agaknya.


siapa nak beli kita jual seposen je..best ni cepat rugi kalau x beli tengah offer ni.macam-macam ada milo..asam masin..jambu merah..jagung..pelam..dan durian belanda..selagi ada jus buah kat umah saya buat semua dapat rasa.

saya buat banyak juga penuh juga peti dengan aiskrim...sekali mr hubby buka tergezut dia macam nak buat jualan..hahahaha...boleh cakap siapa nak makan banyak gini..tapi saya tengok dia yang paling banyak makan mengalahkan anak-anak.dah malam nak tidur pun dia sempat makan lagi..huhuhu..alasannya lama x makan lagipun x boleh tidur panas...kena sejukkan badan dulu.....saya pun ikut lah layan sekali....








Isnin, 18 Jun 2012

mood mengepau

assalammualaikum....
pagi isnin semua.....baru nak update n3 yang tertunggak.banyak dah menunggu giliran bila nak inteprem...adusss ini dah kes terlebih rajin juga.
minggu lepas aku anak beranak terover mengidam pau.dalam seminggu je 3 kali buat pau.ish...ish...ish...terlebih sudah....

pau kacang merah.inti dia aku sumbat penuh.gebu gitu masuk mulut.ececece....(perasan la pulak).tapi memang betul gebuuuuu x caya cer tenung dalam2..hahahaha...


yang ini pau ayam kentang..la siapa suruh tenung pau tu sampai kecut kan dah tak berapa nak cun.kegebuan nya masih terselah lagi tau.aku buat pun cukup-cukup je untuk 6 orang punya makan.3 biji sorang dah lah cenonet besar penumbuk anak ku yang sulung. sekali hadap licin no tambah-tambah.siapa yang x cukup tu dia mengecek lah adiknya yang menguyah dengan ayunya.orang dah habis 3 biji dia baru sebiji.cian adik kan tak apa perut adik pun kecik jer....ok pau pun dah habis jadi cerita pun habis....

Khamis, 17 Mei 2012

ORDER MINGGU LEPAS


ASSALAMUALAIKUM...

hari ini kita tayang gambar jer order yang lepas.


kek yang ditempah oleh kawan mr hubby untuk ibunya.harap berpuas hati ye.ini sebenarnya kek pandan layer.


aneka talam 5 jenis talam yang diminta talam jagung,talam seri muka,talam cendol,talam kacang merah dan talam kole kacang.yang ini hari-hari saya mengodeh sebab kakak mastura dia berniaga jadi dia tempah kat saya.

Sabtu, 14 April 2012

kek coklat cheese

assalamualaikum..
buat kek coklat cheese saje-saje untuk anak-anak makan.lama dah x buat kek.


sebelum potong sibuk nak posing dulu.yang sibuk asyik mintak kek anak yang kecik sekali.dah seminggu demam tak kebah lagi.ubat dah sebotol habis masih panas turun naik je.bawa pergi klinik kata tak apa-apa.itu yang bengang juga dengan doktor.katanya panas dalam jer...boleh gitu....bolehlah dah dia doktor....


hahaha...separuh sudah untuk malam je.pagi ini dah habis dia buat sarapan.saya buat sarapan mee goreng mereka tak nak makan pun.
saya pun suka juga dengan rasanya sedap lembut je bila masuk dalam mulut di tambah pula dengan cheese lemak manis masin pun ada dengan masam sebab gula-gula yang tabur tu gula-gula masam.....masam diluar manis didalam.
hahaha...terlopong mereka makan sebab masam.jadi kesimpulannya mereka tolak tepi dulu gulanya makan kek dulu habis baru makan gula-gula.jika tidak dia kutip habis dulu gula-gulanya.

kek coklat cheese
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil  baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit garam

cheese
250 keju
60gm gula
1 biji telur
25ml air biasa
1 sudu besar tepung gandum

coklat ganache
2 sudu besar heavy cream
150gm coklat masakan
sedikit mentega

pukul telur dan gula kembang.
masukkan esen vanilla,serbuk koko,dan garam pukul sebati.
masukkan air panas,susu segar dan minyak sebatikan
akhir sekali masukkan tepung gandum.soda dan baking powder sebatikan.
bahagikan 3 bahagian.

pukul keju dan gula kembang.
masukkan telur dan pukul lagi sebati.
masukkan air dan tepung gandum sebatikan.
bahagikan 2 bahagian.
kukus selang seli kek coklat dengan cheese.
setiap selang kukus 15 minit

untuk bahagian topping satukan semua bahan.
cairkan dengan menggunakan double boiler.
kacau hingga semua sebati dan tuangkan keatas kek.

Selasa, 10 April 2012

pulut serunding udang

ASSALAMUALIKUM...

lama betul x berkemas rumah yang satu ini....maaflah bukannya malas cuma x kesempatan je...
order tetap saya terima.pada yang telah buat tempahan maaflah kalau x keluarkan n3.
semenjak kamera dah kena kebas segala-galanya hilang..
ini pun guna handset je...

hari ini tatau lah terajin lah pulak.tetiba nak makan pulut serunding.stok udang hubby menjala semangkuk.dengan x ada kepakaran dalam buat serunding saya hentam je lah buatnya...alahai jadilah pulak.tengok muka hubby makan senyum je sedaplah pada dia (senyum sidirlah tu) selama ini banyak kali juga buat serunding tapi semuanya gagal x sedap tapi masih boleh di recycle lah.saya jadikan popia.kat umah ni kalau benda yang kalau dimakan keluarkan bunyi sekejap je licin.sedap x sedap belakang kira janji garing gitu.....hahahaha.
kita kongsi resepi...

serunding udang
1 mangkuk udang basah*
1 biji kelapa
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan halus*
1 sudu besar jintan kasar*
3 helai daun limau (saya tambah)
1 helai daun kunyit (saya tambah)
sedikit lada kisar*
sedikit air asam
garam
gula

cara
kelapa disangai supaya kering sedikit.
blender bahan yang bertanda * halus dan tumis sehingga naik minyak.
masukkan sedikit air asam jawa tumis hingga naik bau.
masukkan pula daun kunyit dan daun limau.
dan perasakan dengan garam dan gula.
masukkan kelapa  dan gaul sebati hingga agak kering sedikit.

Jumaat, 9 Mac 2012

4 waktu terbaik minum air

ASSALAMUALAIKUM

bertemu lagi....
hari ini saya ada sedikit info untuk anda semua.
dah jadi lumrah,bila haus,mesti air yang kita cari x kiralah air itu sejuk,suam,manis ke semuanya boleh.janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak memasing.tapi sebaiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama......


KENAPA AIR MASAK...?

air masak akan memelihara kesihatan tubuh.melancarkan sistem metabolisma serta membantu mengurangkan berat badan kita(bab ini yang suka)
sebab bila air dalam badan mencukupi ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.
memang nikmat x terkata bila dapat air ketika ini.begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik,kan....grrrr
ok sekarang jom kita lihat pula bilakah kebaikan 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.

1...SEBELUM TIDUR
minum segelas air masak sebelum tidur tujuanya bagi mengelakan kita terkena serangan jantung dan juga strok.(dimana kedua-dua penyakit diatas merupakan kematian terbanyak dicatatkan dimalaysia.)

2...BANGUN TIDUR
minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

3...SEBELUM MANDI
ada baiknya minum air masak waktu ini.kerana dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4...SEBELUM MAKAN
30minit sebelum makan eloklah minum dulu segelas air masak.amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman.dimana perut kita lebih bersedia menerima makanan.tidaklah terkejut perut kan.....

alhamdilillah......sekarang anda sudah tahu waktu  yang terbaik untuk minum air masak kan.
akhir kata  jangan lupa amalkan.


Selasa, 7 Februari 2012

berehat seketika....

ASSALAMUALAIKUM...

BLOG CENDANAKASIH BEREHAT SEKETIKA.....SEHINGGA KEADAAN KEMBALI TENANG.
MALAM TADI KEJADIAN YG TIDAK DIINGINI TELAH MENIPA KAMI SEKELUARGA.DAN SAYA BERSYUKUR KAMI SEKELUARGA TIDAK DIAPA-APAKAN.

RUMAH SAYA TELAH DIMASUKI HAMBA ALLAH YANG TIDAK MENGHARGAI KEHIDUPAN YANG ALLAH BERIKAN PADANYA.DENGAN CARA MUDAH MEREKA MENDAPAT REZEKI YANG ALLAH TIDAK DIREDHAI.

UNTUK MENYEJUKAN HATI DAN PERASAAN SAYA HALALKAN APA YANG DIA PEROLEHI DARI HASIL TITIK PELUH KAMI.

INI SEMUA HANYA UJIAN DARINYA UNTUK KAMI...DAN SEGALANYA HANYALAH PINJAMAN DUNIAWI....

DAN JUMPA LAGI.......

Ahad, 5 Februari 2012

SALAM MAULIDUR RASUL



ASSALAMUALAIKUM.....

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA
MARI KITA MENGHAYATI DAN BERSELAWAT BERSAMA.
AMIN

Isnin, 16 Januari 2012

happy birthday my son and gedik bff.....





assalamualaikum...
apa khabar semua....?
maaflah sebab saya jarang keluarkan n3...
maklumlah musim persekolahan sudah bermula jadi faham-faham je yer...

semalam sambut birthday 2 anak lelaki saya aiman nazhan yang ke 8 tahun dan aqil nazran 5 tahun.saya buatkan kek angry bird untuk mreka berdua.memang suka benar dia.walaupun senget benget saya lukis angry bird.
biasanya jika saya sekeluarga sambut hari jadi makan bersama keluarga sahaja....
tapi....kenakalan anak-anak boleh buat kita tarik nafas panjang dengan perangainya....ibunya pun apalagi...... berdezupppp pergi kedai belikan apa yang patut untuk tetamu kecil.ini semua kerana mereka manis mulut jemput rakannya yang sememangnya bff.....hahahaha....
anak lelaki saya bff perempuan semua arhhhhhh sudah..........x kisahlah asalkan mereka selesa berkawan...
ialah dah nama bff semua dia cerita kat mereka.cuma jamuan ringkas jer yang dapat saya sediakan untuk mereka..
bagaimanapun mereka semua gembira semalam....aku pun tumpang gumbira lah sekali...

Isnin, 2 Januari 2012

pulut kuning....pembuka tirai tahun baru..

                                             assalamualaikum...
tempahan semalam....pulut kuning untuk menyambut tahun baru ini di tempah khas oleh jiran sebelah rumah.untuk suaminya yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam...berserta dengan rendang ayam.
ini kali kedua aku ambil tempahan pulut kuning.yang sebelum ini lupa nak snap gambar.


                                 yang ini bertemakan ombak rindu


                                   dan yang ini pula buronan cinta.

hehehe...ape-ape jer beri tema.kan senang kalau sebut itik gembo-gembo jer.
dan terima kasih pada jiranku liza...harapnya sukelah ye...

iklan