iklan

sahabatku

Rabu, 19 Oktober 2011

karipap tun a.k.a karipap kerang


assalamualaikum

hari ini sarapan epok-epok.edisi tertinggal kereta api kekawan semua lama dah buat aku baru nak mencuba buat.
memang best karipap tun memang menepati seleralah tak rugi mencuba.aku pun tengok ramai dah buat aku pun apalagi x nak lepaskan peluang mencuba.
aku buat dengan cara aku anak aku kata asyik buat karipap kupang je buatlah pula karipap kerang pula hahaha......anda paham masudnya?
kalau karipap kupang yang biasa kita buat,tapi yang bulat ni karipap kerang.itu bahasa anak-anak akulah hanya mereka sahaja yang tahu apa yang tersirat dan tersurat.
aku dengan laling dengar pun sampai sakit perut aku ketawa.bila tengok muka dia lagi bertambah ketawa aku....sampai menangis pula anak aku bila laling aku sakat dia.
ok kat sini aku panjang kan lagi resepi karipap tun

KARIPAP TUN

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam

panaskan marjerin dan minyak dalam periuk.tutup api
tengah panas-panas tu masukan tepung dalam periuk tadi dan gaul.
dah sejuk sikit campur garam dan air
uli sebati dan siap

4 ulasan:

  1. suka makan karipap cuma nak buat je kurang rajin...tetiba teringin lak nak makan karipap memalam ni...hu hu

    BalasPadam
  2. apa tunggu lagi....buang jauh-jauh kurang dan tambahkan kerajinan...kalau wat hanto sini sepinggan penuh....mesti sedap

    BalasPadam
  3. aslmkm...saya ni keras sumgguh tangan nak pulas2 doh tu jadi renda..hehehe..last2 buat guna acuan je..
    pst : tryla kek kukus keju koktel tu..sedap..

    BalasPadam
  4. comelnya karipap..anak2 suka mkn karipap, tapi alahai malasnya nak buat..hehe

    BalasPadam

iklan