iklan

sahabatku

Sabtu, 15 Oktober 2011

apam senyum....

assalamualaikum.....

senyum...senyum...
tak perlu kata apa-apa...
jika semua orang senyum...
dunia tiada penyakit....

amboi pepagi lagi dah menyanyi lagu senyumkan....gumbira nampak....
mestilah gembirakan kuih senyum aku tu kembang je....

buat apam senyum ni untuk bagi kawan anak aku yang dah khatam al-quran semalam...
adalah wat jamuan sikit kat rumah cikgu ngaji dia....ini je yang dapat aku sumbangkan untuk bebudak makan ramai-ramai..
lagipun aku tak tak tahu nak buatkan apa...dalam fikiran aku buat yang senang dan cepat siap...

APAM SENYUM


250gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sudu kecil overlate
pewarna pilihan
acuan kertas

CARA

pukul telur dan gula kembang
masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan pula tepung gamdum,susu dan overlate pukul sebati
bahagikan 3 bahagian dan warnakan
kukus 15minit

2 ulasan:

iklan