iklan

sahabatku

Jumaat, 21 Oktober 2011

aku stressss.... atau ilusi optik....

ASSALAMUALAIKUM...

salam jumaat semua...
n3 hari ini x ada menu istimewa...

benarkah aku juga dalam ilusi optik ha.ha.ha.....
aku nampak pusing dot-dot tu...aku STRESSSSSSSSSS....
oh TIDAKKKKKKKK........

sebenarnya dot kuning ini tidak bergerak langsung.....tapi kalau anda tengok ianya bergerak.....kemungkinan anda dalam stres berada dalam keadaan tekanan.......so berehatlah......=)

actually ini hanya ilusi optik.ianya begantung kepada otak kita yang tafsirkan apa yang kita lihat ada yang nampak dot kuning ini berpusing.dan ada yang nampak ianya statik.

adakah ini benar,,,,,?
anda sama macam aku ker.....?

Rabu, 19 Oktober 2011

karipap tun a.k.a karipap kerang


assalamualaikum

hari ini sarapan epok-epok.edisi tertinggal kereta api kekawan semua lama dah buat aku baru nak mencuba buat.
memang best karipap tun memang menepati seleralah tak rugi mencuba.aku pun tengok ramai dah buat aku pun apalagi x nak lepaskan peluang mencuba.
aku buat dengan cara aku anak aku kata asyik buat karipap kupang je buatlah pula karipap kerang pula hahaha......anda paham masudnya?
kalau karipap kupang yang biasa kita buat,tapi yang bulat ni karipap kerang.itu bahasa anak-anak akulah hanya mereka sahaja yang tahu apa yang tersirat dan tersurat.
aku dengan laling dengar pun sampai sakit perut aku ketawa.bila tengok muka dia lagi bertambah ketawa aku....sampai menangis pula anak aku bila laling aku sakat dia.
ok kat sini aku panjang kan lagi resepi karipap tun

KARIPAP TUN

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam

panaskan marjerin dan minyak dalam periuk.tutup api
tengah panas-panas tu masukan tepung dalam periuk tadi dan gaul.
dah sejuk sikit campur garam dan air
uli sebati dan siap

Isnin, 17 Oktober 2011

tempahan brownies...

ASSALAMUALAIKUM...

hari ini n3 tempahan brownies untuk kak siti.dia menempah 2 buku brownies.
bahagian toppingnya badam dan coklat rice.thank kak siti kerana tempahannya. 

aduss aku tengok pun cair macam nak makan je....nasib baik anak-anak tak nampak yang aku buat brownies  .rasanya tak sampai pada yang empunya kalau dia nampak.mereka berempat pergi sekolah abangnya ada karnival dan sukan tahunan.aku tak pergilah ayahnya yang bawa.
 apalagi aku kat umah sorang aman dan damai jer....ngeh...ngeh...kalau tak riuh rendah mengalahkan taska.

                                                                                             

Sabtu, 15 Oktober 2011

apam senyum....

assalamualaikum.....

senyum...senyum...
tak perlu kata apa-apa...
jika semua orang senyum...
dunia tiada penyakit....

amboi pepagi lagi dah menyanyi lagu senyumkan....gumbira nampak....
mestilah gembirakan kuih senyum aku tu kembang je....

buat apam senyum ni untuk bagi kawan anak aku yang dah khatam al-quran semalam...
adalah wat jamuan sikit kat rumah cikgu ngaji dia....ini je yang dapat aku sumbangkan untuk bebudak makan ramai-ramai..
lagipun aku tak tak tahu nak buatkan apa...dalam fikiran aku buat yang senang dan cepat siap...

APAM SENYUM


250gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200ml susu segar
300gm tepung gandum
1 sudu kecil overlate
pewarna pilihan
acuan kertas

CARA

pukul telur dan gula kembang
masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan pula tepung gamdum,susu dan overlate pukul sebati
bahagikan 3 bahagian dan warnakan
kukus 15minit

Ahad, 9 Oktober 2011

cup cake rose...


ASSALAMUALAIKUM...

cup cake bunga ros ini untuk kakak yang buat open house masa raya tempoh hari...hahaha boleh terlupa nak  keluarkan n3 jangan marah ye.
agak mencabar juga buat bunga ros ini puas juga tengok you tube. maklumlah first time buat bunga ros guna buttercream.dan akhirnya berjaya juga aku buatkan untuk akak aku yang sorangni.
macam-macam bentuk bunganya ada kuncup ada kembang.my laling kata masa aku buat bunga ni muka aku pun ikut gaya bunga kembang kuncup.ngeh...ngeh..ngeh...
  apapun laling kata aku senyum kembang je macam bunga ros.
apa yang penting my sister puas hati dengan hasil air tangan aku.banyak juga buat dalam 100 biji juga.
tapi kan bila dah siap semua cantik macam gini (perasanke) sayang pula nak makan.asyik tengok je.anak nak makan pun jadi kedekut pula...hahahaha...boleh gitu...
bebudak kat rumah ni boleh panggil kekawan dia datang rumah semata-mata nak tunjuk kat kawan-kawan dia yang ibunya buat kuih cantik hahaha lagi parah dibuatnya.
dah nampak cam gini semua mintak sorang 1.adalah dalam 6 orang yang dapat rasa termasuk anak aku je 4 orang huhuhu....
kesian kat akak aku terkurang skit aku bagi kat dia.tak apalah kak rezeki bebudak.mungkin lepas ni rezeki aku pula manalah tahukan rezeki DIA yang beri.


Jumaat, 7 Oktober 2011

kek ubi kayu....

                                            ASSALAMUALAIKUM...



 
kejadian talam ubi yang telah dihias.

hahaha budak kecik nilah punya idea.
bertuah betul budakni bukan nak makan pun cuma nak layan dia bergambar jer.
tolong abaikan lilin yang besar tu yer....(jangan ketawa)....
hahahaha tapi aku tetap nak ketawa juga...
aku bagi lilin yang kecil tak nak yang besar juga dia nak adusss layankan je nanti nangis lagi parahkan..



macam nilah mak nya nak makan....baru nampak berselera sikit..

Khamis, 6 Oktober 2011

puding triffle....


ASSALAMUALAIKUM...

selamat pagi.....
hari ini sempat nak update blog.....
janji nak sempatkan juga tapi apakan daya......
hajat tak sampai....huhuhuhu...

puding trifle ini buat hari sabtu lepas baru cerita sinikan....
sekali buat banyak pula 300 biji order dari puan lin.....
terima kasih ye sudi order....

jenuh juga nak siapkan....
start buatnya dari jam 12 malam....
sampailah pukul 4 pagi....wah....lama betul....

yang seronoknya buat tenggah malam....
tak ada gangguan dari anak-anak...
sunyi jer sambil dengar radio....
fuhhh....feling habis....
jiwang seyh....

iklan