iklan

sahabatku

Ahad, 24 Julai 2011

puding cendol...

ASSALAMUALAIKUM....

bertemu lagi.....hari ini topik masih cendol lagi tapi sudah tukar kepada puding
cuaca pun panas je elok sangat kalau makan puding......
tapi sayang puding cendol ni dah lama habisnya sisanya pun tak ada lagi hahaha..
kita telan je air liur ye........
buat begini sekejap je licin habis kalau pagi buat petang dah habis. boleh minta buat lagi mentang-mentanglah ibunya dah pandai buat cendol sendiri dan masih ada baki cendol dalam peti ais selagi itu bebudak ni nak makan lagi....
kita semak resepi kat sini pula

PUDING CENDOL

bahagian bawah
1/2 agar-agar tali
3cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
3 helai daun pandan

bahagian atas
1/2 agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan santan pekat
2 cawan cendol
sedikit garam
1/2 cawan gula

CARA
agar-agar dididihkan dengan 3 cawan air bersama daun pandan
masak sehingga mendidih
masukkan gula pasir dan gula merah
sehingga masak dan tuang dalam loyang
biarkan sehingga beku sedikit dan cakar-cakar permukaan
agar-agar dengan garfu supaya bila tuang bahagian atas melekat
masak pula bahagian atas agar-agar sehingga gula hancur
masukkan pula santan dan sedikit garam
masakkan sebentar sebati
 dan tuang atas agar-agar tadi dengan berhati-hati



4 ulasan:

  1. boleh buat time pose nnti nie...:)

    BalasPadam
  2. cantek laaa kejadiannya
    kak pernah buat sendiri cendol tapi lebur masa masukkan dlm adunan... guna tepung beras..mungkin 1 masa kena guna tepung jagung mcm nita guna

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian resepi..saya telah cuba dan hasil nya memuaskan hati..

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian resepi..saya telah cuba dan hasil nya memuaskan hati..

    BalasPadam

iklan