iklan

sahabatku

Ahad, 3 Julai 2011

kek alunan kasih....untuk kekasihku....

ASSALAMMUALAIKUM
selamat berminggu-minggu dan bersantai bersama keluarga.
hari minggu biasa bersama keluarga tapi hari ini saya bersama anak-anak saja mr hubby tak ada dia pergi kuala sedeli memancing bersama rakannya.sejak semalam tengahari dia dah bertolak pergi.terasa bosan nak masak pun malas makan nasi bungkus je ye anak-anak.petang nanti baru dia sampai rumah.baru saya mula memasak seperti biasa.
agaknya apa rezeki yang akan dibawa.ikan besau ke kecil ke tak apa janji boleh dimakan (harap-harap lumayan) tak payah pergi pasar jimat belanja dapur untuk seminggu kan.hehehehe
sebelum bertolak saya buatkan hubby kek alunan kasih sebagai bekalan.lagipun saya buat dengan penuh perasaan kasih dan cinta ditambah lagi perasa sayang.nanti jika dia makan cukup rasa intipatinya dan akan ingat kat saya jer hehehe (perasan lebih pula)
sedap juga kek alunan kasih ni saya baru pertama kali buat kekawan bloger lain semua dah berkali-kali buat saya dah baru nak naik keretapi gerabak belakang pula tu hehehe...
seperti biasa resepi sekodeng dari blog cifu kak am (serojakitchen).terima kasih kak saya kongsi kat sini pula ya buat rujukan semua rakan.......

KEK ALUNAN KASIH
sumber:serojakitchen.blogspot.com

5 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
esen vanilla
serbuk koko
pewarna

CARA
pukul butter bersama gula sehingga gebu.
masukan telur satu persatu dan esen vanilla dan pukul sebati.
ayak tepung gandum besama baking powder
masukan tepung selang-seli dengan susu cair dan sebatikan
bahagi 3 warna kesukaan
lapiskan 1 warna dan tapis serbuk koko
lapiskan sehingga habis
bakar 160c sehingga masak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan