iklan

sahabatku

Sabtu, 23 Julai 2011

cendol laaa...sonang jo bueknyo....

ASSALAMUALAIKUM
alahai lama betul saya tak balik rumah yang satu ni.minta maaflah banyak-banyak pada kawan semua.sejak kebelakang ni banyak benda yang perlu diuruskan sampai nak duduk ngadap pc pun terhad lagi nak keluarkan n3 memang tak sempat langsung.
hari ini n3 tertunggak lagi yang dah berminggu-minggu buat baru kesempatan nak tayang.buat cendol sendiri ingatkan susah mana buatnya,rupanya senang banget,,,,,
selamani beli je cendol jika teringat nak makan puding.kalau yang beli tu ada rasa kapurnya.bila buat sendiri tak payah letak kapur lagi sedap rasanya.bab resepi mana lagi cari kat myr le siapa yang punya saya dah lupa.terima kasih le yang sudi sumbang resepi cendol ni.memang berbaloi dan puas hati sangat.
ok ada sesiapa nak resepi cendol saya kongsi kat sini pula

CENDOL

1 cawan tepung jagung
3 cawan air
5 helai daun pandan
pewarna hijau
air sejuk dari peti ais

CARA

campurkan semua bahan dan gaul sebati.
masak atas api perlahan sambil dikacau selalu
masak sampai pekat dan berkilat
masa panas-panas lagi masukkan adunan dalam acuan maruku
dan tekankan kedalam air sejuk
bila dah siap simpan dalam peti ais dengan airnya sekali


(*~*) betul tak senang banget (*~*)



1 ulasan:

  1. Terima kasih nita,..baru acik tau..biasanya cendol buat guna tepung beras atau tepung gandum..rupanya tepung jagung pun boleh.

    BalasPadam

iklan