iklan

sahabatku

Ahad, 31 Julai 2011

apam salju

ASSALAMUALAIKUM....


pagi-pagi lagi saya dah bangun walaupun hujung minggu.....macam nak sahur 4 pagi dah mengodeh kat dapur....kerana kuih inilah saya jadi kemaruk sampai tak lena tidur malam....apam salju ataupun apam beras buat sarapan pagi tadi.....banyak juga dapat dalam 1 adunan dapatlah rasa jiran sebelah menyebelah....sesalju je kan kuihni macam nama dia juga....buatnya pun subuh hari lagilah salju....sunyi sepi je....bila dah tabur kelapa parut kat atasnya lagi nampak macam salju.....macam salji lekat je kan..kan...credit untuk penyumbang resepi ini best sangat....


APAM SALJU

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
21/2 cawan air
2 sudu kecil yis
kelapa parut + garam

CARA

kisar nasi dengan air tuang air sedikit demi sedikit.
kemudian masukan gula perang dan gula pasir.
kisar sebati.
dalam 1 bekas campur tepung beras dan tepung gandum
gaul rata dengan yis.
tuangkan nasi yang dah diblender tadi gaul sebati.
tutup ketat 3 jam
kukus selama 15 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan