iklan

sahabatku

Ahad, 31 Julai 2011

apam salju

ASSALAMUALAIKUM....


pagi-pagi lagi saya dah bangun walaupun hujung minggu.....macam nak sahur 4 pagi dah mengodeh kat dapur....kerana kuih inilah saya jadi kemaruk sampai tak lena tidur malam....apam salju ataupun apam beras buat sarapan pagi tadi.....banyak juga dapat dalam 1 adunan dapatlah rasa jiran sebelah menyebelah....sesalju je kan kuihni macam nama dia juga....buatnya pun subuh hari lagilah salju....sunyi sepi je....bila dah tabur kelapa parut kat atasnya lagi nampak macam salju.....macam salji lekat je kan..kan...credit untuk penyumbang resepi ini best sangat....


APAM SALJU

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
21/2 cawan air
2 sudu kecil yis
kelapa parut + garam

CARA

kisar nasi dengan air tuang air sedikit demi sedikit.
kemudian masukan gula perang dan gula pasir.
kisar sebati.
dalam 1 bekas campur tepung beras dan tepung gandum
gaul rata dengan yis.
tuangkan nasi yang dah diblender tadi gaul sebati.
tutup ketat 3 jam
kukus selama 15 minit.

Ahad, 24 Julai 2011

puding cendol...

ASSALAMUALAIKUM....

bertemu lagi.....hari ini topik masih cendol lagi tapi sudah tukar kepada puding
cuaca pun panas je elok sangat kalau makan puding......
tapi sayang puding cendol ni dah lama habisnya sisanya pun tak ada lagi hahaha..
kita telan je air liur ye........
buat begini sekejap je licin habis kalau pagi buat petang dah habis. boleh minta buat lagi mentang-mentanglah ibunya dah pandai buat cendol sendiri dan masih ada baki cendol dalam peti ais selagi itu bebudak ni nak makan lagi....
kita semak resepi kat sini pula

PUDING CENDOL

bahagian bawah
1/2 agar-agar tali
3cawan air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
3 helai daun pandan

bahagian atas
1/2 agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan santan pekat
2 cawan cendol
sedikit garam
1/2 cawan gula

CARA
agar-agar dididihkan dengan 3 cawan air bersama daun pandan
masak sehingga mendidih
masukkan gula pasir dan gula merah
sehingga masak dan tuang dalam loyang
biarkan sehingga beku sedikit dan cakar-cakar permukaan
agar-agar dengan garfu supaya bila tuang bahagian atas melekat
masak pula bahagian atas agar-agar sehingga gula hancur
masukkan pula santan dan sedikit garam
masakkan sebentar sebati
 dan tuang atas agar-agar tadi dengan berhati-hati



Sabtu, 23 Julai 2011

cendol laaa...sonang jo bueknyo....

ASSALAMUALAIKUM
alahai lama betul saya tak balik rumah yang satu ni.minta maaflah banyak-banyak pada kawan semua.sejak kebelakang ni banyak benda yang perlu diuruskan sampai nak duduk ngadap pc pun terhad lagi nak keluarkan n3 memang tak sempat langsung.
hari ini n3 tertunggak lagi yang dah berminggu-minggu buat baru kesempatan nak tayang.buat cendol sendiri ingatkan susah mana buatnya,rupanya senang banget,,,,,
selamani beli je cendol jika teringat nak makan puding.kalau yang beli tu ada rasa kapurnya.bila buat sendiri tak payah letak kapur lagi sedap rasanya.bab resepi mana lagi cari kat myr le siapa yang punya saya dah lupa.terima kasih le yang sudi sumbang resepi cendol ni.memang berbaloi dan puas hati sangat.
ok ada sesiapa nak resepi cendol saya kongsi kat sini pula

CENDOL

1 cawan tepung jagung
3 cawan air
5 helai daun pandan
pewarna hijau
air sejuk dari peti ais

CARA

campurkan semua bahan dan gaul sebati.
masak atas api perlahan sambil dikacau selalu
masak sampai pekat dan berkilat
masa panas-panas lagi masukkan adunan dalam acuan maruku
dan tekankan kedalam air sejuk
bila dah siap simpan dalam peti ais dengan airnya sekali


(*~*) betul tak senang banget (*~*)



Isnin, 11 Julai 2011

cendanakasih dilanda todak....!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM

 selamat pagi isnin semua dengan rutin seharian penuh semangat lagi santai.dah terlebih santailah ni saya baru nak on9 n3 tertunggak hahakkkk.
hasil terbaik dari laut.semasa mr hubby pergi kuala sedeli minggu lepas baru saya kesempatan nak bercerita.kali ini hasil kurengggg lumayan tapi saya bersyukur adanya rezeki mr hubby bawa balik.tapi... masih ada tapi lagi nampak tak ikan yang paling berkilat tu itulah dia ikan todak yang pernah mencipta nama singapura dilanda todak.semua mesti ingat cerita masa zaman kecil lagi sampai sekarang masih ada lagi.
apa nak buat dengan ikan todak sampai sekarang belum saya masak lagi.begitu juga dengan ikan talang pun belum berusik lagi kalau ikan caru lama dah licin.nampaknya terpaksa saya mengogel cari resepi ikan todak.ada ke resepinya hahaha.
agaknya orang singapura boleh tak makan ikan todak.dulukan ikan todak dah bunuh orang singapura.begitu juga dengan ikan talang dengan orang negeri 9 ada pantang larangnya.betulke??
hahaha saya pun tak tahu kita tanya pakcik gogel je mesti ada jawapannya.apa yang pasti saya tak ada pantang larang.makan je asalkan boleh di makan halal lagi sedap sudah leeeee.


Ahad, 3 Julai 2011

kek alunan kasih....untuk kekasihku....

ASSALAMMUALAIKUM
selamat berminggu-minggu dan bersantai bersama keluarga.
hari minggu biasa bersama keluarga tapi hari ini saya bersama anak-anak saja mr hubby tak ada dia pergi kuala sedeli memancing bersama rakannya.sejak semalam tengahari dia dah bertolak pergi.terasa bosan nak masak pun malas makan nasi bungkus je ye anak-anak.petang nanti baru dia sampai rumah.baru saya mula memasak seperti biasa.
agaknya apa rezeki yang akan dibawa.ikan besau ke kecil ke tak apa janji boleh dimakan (harap-harap lumayan) tak payah pergi pasar jimat belanja dapur untuk seminggu kan.hehehehe
sebelum bertolak saya buatkan hubby kek alunan kasih sebagai bekalan.lagipun saya buat dengan penuh perasaan kasih dan cinta ditambah lagi perasa sayang.nanti jika dia makan cukup rasa intipatinya dan akan ingat kat saya jer hehehe (perasan lebih pula)
sedap juga kek alunan kasih ni saya baru pertama kali buat kekawan bloger lain semua dah berkali-kali buat saya dah baru nak naik keretapi gerabak belakang pula tu hehehe...
seperti biasa resepi sekodeng dari blog cifu kak am (serojakitchen).terima kasih kak saya kongsi kat sini pula ya buat rujukan semua rakan.......

KEK ALUNAN KASIH
sumber:serojakitchen.blogspot.com

5 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 cawan butter
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
esen vanilla
serbuk koko
pewarna

CARA
pukul butter bersama gula sehingga gebu.
masukan telur satu persatu dan esen vanilla dan pukul sebati.
ayak tepung gandum besama baking powder
masukan tepung selang-seli dengan susu cair dan sebatikan
bahagi 3 warna kesukaan
lapiskan 1 warna dan tapis serbuk koko
lapiskan sehingga habis
bakar 160c sehingga masak


iklan