iklan

sahabatku

Ahad, 19 Jun 2011

mexican bun / roti boy....

ASSALAMMUALAIKUM

SELAMAT HARI BAPA
hari ini hari bapa saya ucapkan kepada semua bapa-bapa yang layak bergelar bapa termasuklah bapa saya.dan terima kasih pengorbanan mu menjaga dan membesarkan ku sekeluarga.dan untuk hubby yang tercinta LOVE U.
projek malam tadi punya buat roti boy untuk boy-boy je girl-girl lain kali.
teruja nak buatnya biasa beli kat papa roti kali ini issnita roti yang buat hehehe....
sedap lembut je rasa kopi tapi yang tak bestnya bahagian intinya tak menjadi dia cair keluar hahahaha
pertama kali buat tak apa lain kali cuba lagi.resepi dari kak rina yang catering tu lagi glamor kat facebook tapi ini resepi sekodeng dari blognya.terima kasih kak resepi yang memang menjadi saya kongsi resepi kat sini pula untuk semua

siap sedia untuk dibakar


bila dah siap bakar kembang semangkuk dengan aroma kopi yang menyegarkan.

ROTI BOY
sumber-kak rina

DOH
  • 480gm tepung roti
  • 110gm gula halus
  • 10gm garam
  • 20gm susu tepung
  • 4 sudu teh yis
  • 1 biji telur
  • 300ml air
  • 60gm mentega
gaul semua bhan diatas kecuali mentaga uli hingga rata
campurkan mentega uli hingga elastik n lembut
tutup adunan biar naik 2x ganda
kemudian bahagikan adunan kepada 60gm setiap satu
dan bulatkan hingga habis
ambil satu adunan isikan inti
(marjerin + gula)
buat bulat kemas
biar naik 2x ganda

PASTE
A
  • 60gm mentega

  • 50gm gula halus

  • secubit garam

  • B
    1 biji telur 
    C
    80 gm tepung gandum

    putar A hingga sebati
    campurkan B n putar hingga rata
    kemudian tambah C
    gaul sebati
    boleh letak coffee elmoca / choc elmoca untuk perasa
    paipkan diatas roti yang dah naik
    bakar 190c selama 15 minit

    2 ulasan:

    1. cantiknya roti kak dah simpan lama resepi ni tapi tak buat sebab tak de en bm.. malas nak uli2 hehe

      BalasPadam
    2. ilahjy....
      hahaha cpt bli en bm tu..pakai tanggan lagi best sebati semua rasa kasih sayang huhuhu...

      BalasPadam

    iklan