iklan

sahabatku

Sabtu, 25 Jun 2011

bingka roti pandan....

ASSALAMMUALAIKUM......
sabtu sudah cepat betul masa berlalu.
hari ini ada kelapangan saya pun buatlah bingka roti pandan untuk sarapan pagi kami sekeluarga.
cuaca hari ini pun elok mendung sekejap hujan.perut dah berisi mata pun jadi kuyu mengantuk hahahaha..
lama juga tak makan bingka.bila tengok roti teringat kat bingka mesti sedapkan.apalagi daripada roti tu senyum seorang baik saya megodeh dan jadilah kejadian bingka.
sebenarnya tekak saya ni nak makan kuih seri muka.tapi kenapa saya buat bingka saya pun tak tahu mungkin tak ada jodoh dengan seri muka kot.hehehe...
tak apalah lain hari nanti dapat bertemu juga.kalau tak sabar sangat beli je kat gerai sarapan pagi kan ada tak payah susah-susah memendam rasa....
ok kita semak resepinya....

BINGKA ROTI PANDAN

8 keping roti
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji kelapa jadikan 1 liter santan
sedikit garam
1 cawan gula halus
5 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
100gm mentega cair

CARA
daun pandan potong kecil dan blender bersama kelapa untuk mendapatkan santan kelapa pandan.
potong roti kecil-kecil ketepikan sebentar.
masukan gula dan telur kacau sebati
dan masukan mentega,garam,dan santan sebatikan
barulah dimasukan tepung gandum kacau sehingga semua sebati
dan akhir sekali masukan roti dan perap 15-20 minit
tuang dalam acuan bingka dan bakar 1 jam atau sehingga masak

Ahad, 19 Jun 2011

mexican bun / roti boy....

ASSALAMMUALAIKUM

SELAMAT HARI BAPA
hari ini hari bapa saya ucapkan kepada semua bapa-bapa yang layak bergelar bapa termasuklah bapa saya.dan terima kasih pengorbanan mu menjaga dan membesarkan ku sekeluarga.dan untuk hubby yang tercinta LOVE U.
projek malam tadi punya buat roti boy untuk boy-boy je girl-girl lain kali.
teruja nak buatnya biasa beli kat papa roti kali ini issnita roti yang buat hehehe....
sedap lembut je rasa kopi tapi yang tak bestnya bahagian intinya tak menjadi dia cair keluar hahahaha
pertama kali buat tak apa lain kali cuba lagi.resepi dari kak rina yang catering tu lagi glamor kat facebook tapi ini resepi sekodeng dari blognya.terima kasih kak resepi yang memang menjadi saya kongsi resepi kat sini pula untuk semua

siap sedia untuk dibakar


bila dah siap bakar kembang semangkuk dengan aroma kopi yang menyegarkan.

ROTI BOY
sumber-kak rina

DOH
  • 480gm tepung roti
  • 110gm gula halus
  • 10gm garam
  • 20gm susu tepung
  • 4 sudu teh yis
  • 1 biji telur
  • 300ml air
  • 60gm mentega
gaul semua bhan diatas kecuali mentaga uli hingga rata
campurkan mentega uli hingga elastik n lembut
tutup adunan biar naik 2x ganda
kemudian bahagikan adunan kepada 60gm setiap satu
dan bulatkan hingga habis
ambil satu adunan isikan inti
(marjerin + gula)
buat bulat kemas
biar naik 2x ganda

PASTE
A
  • 60gm mentega

  • 50gm gula halus

  • secubit garam

  • B
    1 biji telur 
    C
    80 gm tepung gandum

    putar A hingga sebati
    campurkan B n putar hingga rata
    kemudian tambah C
    gaul sebati
    boleh letak coffee elmoca / choc elmoca untuk perasa
    paipkan diatas roti yang dah naik
    bakar 190c selama 15 minit

    Khamis, 16 Jun 2011

    roti kentang.....yang menjadi....

    ASSALAMMUALAIKUM

    hari ini saya betul-betul senyum lebar sampai naik kembang pipi.sebabnya buat roti kali ini memang menjadi dan gebu pula.sebenarnya dah banyak kali percubaan buat roti asyik gagal je.semasa uli tepung asyik sebut mesti jadi...jadi...jadi dan jadi.akhir memang jadi hehehe.
    tapi saya buat besau-besau punya kalau makan 1 jer pasti gerenti kenyang.kali ini anak-anak makan puas-puas ye.dah pandai meroti mr hubby kata lepas ni tak payah beli roti kat kedai lagi kita buat je sendiri.dan jual roti sekali hehehe ada sapa-sapa nak order boleh saja.berani ambil order.
    nampak gayanya kenalah rajin meroti supaya tangan ni lembut dan tak keras bila nak menguli tepung.
    bila buat jadi terus saya menguli lagi sekali.kali ini untuk emak saya pula.bila siap masih panas-panas lagi terus hantar kat rumah emak.apalagi emak saya pun senyum lebar juga sebab rezeki datang jangan di tolak.




    Jumaat, 10 Jun 2011

    pajeri nenas.....

    ASSALAMMUALAIKUM...
    dan salam dihari jumaat yang mulia semoga diberkati

    untuk menu hari ini pajeri nenas.best sangat bukan selalu buat lauk begini kadang-kadang sahaja.termasuk dalam menu febretlah juga.guna nenas madu baru rasa manis buahnya.pedas lemak kerisiknya memang kenalah kalau makan dengan nasi panas ditambah pula dengan ikan kering sepat.
    WAUUUUUU MEMANG TERANGKAT.

    sekali kena lauk begini lupa sekejap pasal nak diet.betambah-tanbah sampai licin pinggan hehehehe...lagi sedap kalau jika emak kita yang buat lagi power.....alamak tetiba jer ingat kat emak ni kalau pasal makan aduhai omak........




    Selasa, 7 Jun 2011

    kuih abok-abok......

    ASSALAMMUALAIKUM..

    lama sungguh tidak bersiaran maklumlah cuti persekolahan.bila anak cuti sekolah ingatkan saya pun dapat bercuti juga rupanya lagi sibuk dari hari biasa.

    macam kerenah dan banyak permintaan perlu tunaikan kalau tak alamatnya merajuk pula.sampaikan nak mengadap pc pun tak sempat.banyak juga n3 tertunggak.

    hari ini dapatlah curi tulang sekejap. bagi umpan kat anak-anak segalanya beres dan bisa diatur.nak tahu umpan apa yang saya bagi inilah dia kuih abuk-abuk febret mereka.

    kalau dah bebudakni dapat kuih abuk-abuk dari pagi sampai petang tak berhenti makan.selagi tak habis kuih abuk-abuk selagi itulah mereka makan.

    saya sertakan resepi yang boleh dikongsi untuk semua.

    ABUK-ABUK
    1 mgkuk sagu biji
    3/4 cwn kelapa parut
    sedikit garam
    3/4 gula pasir
    3/4 gula merah
    daun pisang secukupnya

    CARA
    satukan sagu biji bersama garam dan kelapa parut tadi gaul mesra
    satukan pula gula pasir dan gula merah gaul mesra
    buatkan bentuk kon pada daun pisang
    masukkan sedikit sagu biji dan tambahkan dengan gula
    kemudian tutup kembali dengan sagu biji lagi.
    lipat kemas dan boleh dikukus 15 minit.


    Sabtu, 4 Jun 2011

    episod 2 selamat pengantin baru.......

    ASSALAMMUALAIKUM

    episod kali ini kami bertandang kerumah pengatin perempuan bertema warna merah
    dan saya sekeluarga tema warna hijau pucuk pisang.

    pengantin lelaki adalah cucu pertama yang berkahwin dalam keluarga mertua saya.
    persandingan dirumah mertua pula akan diadakan 2 minggu dari sekarang
    insyaalah.

    bila tiba dirumah pengantin tiada kompang dipalu rasa sunyi sepi pula.
    kebiasaannya di johor bunyi kompang akan memeriahkan suasana dan
    bermacam-macam lagu dipersembahkan.

    lain tempat lain adat resamnya.apapun seronok kesana disambut dengan
    ramah mesra dan hidangan yang menyelerakan.

    selamat pengantin baru
    izwan & siti

    ibu dan ayah pengantin lelaki

     keluarga dari pengantin lelaki

    bergambar kenangan bersama pengantin

    keluarga dari pengantin perempuan

    hantaran dari pengantin perempuan

    hantaran dari pengantin lelaki
    dan ini hadiah dari saya bunga yang sedang mekar setaman untuk pengantin.
    bunga ini sempat saya snap masa di hutan lipur sekayu.

    p/s...sorry gambar kurang memuaskan


    Khamis, 2 Jun 2011

    episod 1 destinasi terengganu...........


    ASSALAMMUALAIKUM....
    selamat bertemu kembali......

    selamatlah sampai saya sekeluarga di tempat tujuan walaupun berbagai rintangan terpaksa kami tempuhi dengan sabar.....

    kami bertolak dari benut seawal 3 pagi dan singgah sebentar dipahang teluk chempedak untuk bersarapan di bermain di gigi air.tapi anak2 ini x boleh tahan dia mandi terus....


    dan sanbung kembali perjalanan untuk ke terengganu.dan bila diperjalanan tayar van yang kami naiki sekeluarga pacit di chukai.

    abang ipar sedang tukar tayar

    hanya 2 buah kenderaan kesana.dan selepas itu kami terperangkap lagi dalam hujan ada sebatang pokok tumbang dan menghempap kereta.4 orang juga yang kehilagan nyawa.tapi saya x snap gambar kesian sangat..


    dan sampai kami tempat kami bermalam dan berjimba-jimba.
    sampai hutan lipur hari dah lewat petang.tetamu yang berkunjung pun dah pulang kami baru sampai

    chalet kami bermalam

    bilik yang disediakan

    ruang utama

    bahagian belakang chalet

    airnya yang deras dan suasana yang nyaman




    sempat aiman berposing dalam takut.


    sebahagian dalam hutan lipur yang sempat saya snap awal pagi

    pukul 8 pagi dah turun mandi.masa ini pengunjung lain belum sampai lagi.hari minggu disana pengunjung x ramai.hari cuti sana jumaat baru ramai pengunjung.

    bermalam kat sana saya sekeluarga sahaja.rasa tenang dan nyaman sejuk.seronok juga rasa nak terus berkampung disana tapi apakan daya. ada urusan lagi yang kami sekeluarga perlu pergi dan tinggalkan hutan lipur ini.

    dan tujuan yang paling utama kesana sekali adalah majlis persandingan anak saudara.
    ceritanya nantikan sambungan episod.........


    iklan