iklan

sahabatku

Selasa, 24 Mei 2011

sayur chap chai petai..

ASSALAMMUALAIKUM
Hari ini masak yang ringkas dan senang sahaja.sayur chap chai petai.
nak duduk kat dapur dah tak ada mood lagi.fening-fening selera makan pun kureng ntah kenapa 2 3 hari ini macam ada sesuatu yang kureng jer. ape ke hae.....?

Aktiviti berblog masih berjalan seperti biasa.bw sana sini mencari ilmu dan rakan dialam maya serta berkongsi pengalaman dan pendapat.INSYAALLAH.

kita berkongsi resepi lagi

SAYUR CHAP CHAI PETAI
3 batang kacang panjang
3 putik jagung muda
1 kuntum kecil bunga kobis
1 papan petai
2 biji tomato
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
4 biji lada padi
10 ekor sotong atau udang
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak untuk menumis

CARA
tumiskan bawang merah,putih lada sehingga naik bau
masukkan sotong atau udang mesrakan sebentar
masukkan pula sos tiram dan kesemua sayur tadi dan masakkan seketika
perasakan dengan sedikit garam dan kiub ikan bilis
gaulkan mesra dan hidangkan

SELAMAT MENJAMU SELERA





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan