iklan

sahabatku

Sabtu, 21 Mei 2011

pokok stevia @ pokok gula

ASSALAMMUALAIKUM
hari ini kita tukar topik kepada pokok yang begitu glamer sekarang.
inilah pokok stevia @ pokok gula.

stevia adalah sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di brazil dan paraguay sejak beratus-ratus tahun lagi.ia mula digunakan kaum red indian paraguay sejak 1500 tahun yang silam.ia digunakan untuk memaniskan teh herba.selain daripada itu juga ia untuk memaniskan makanan masakan juga.mereka menggunakan stevia sebagai penawar sebagai menurunkan darah tinggi,melawaskan kencing dan merawat luka terbakar mengurangkan asid urik dan obesiti.bahan aktif yang ada pada stevia di kenali sebagai steiol glycosides mengandungi stevioside dan rebaudioside.bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi,nilai PH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic,menjadikan ia semakin digemari ramai terutama yang ingin mengadkan pengambilan karbohidrat dan diabetes.

kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang eropah pada kurun ke 16.sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di eropoh sehinggalah dibawa ke asia.walaubagaimanapun kajian terhadap stevia mula di lakukan pada awal kurun ke 19.apabila para pengkaji di brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.


saya beli 2 pokok dan yang siap dikeringkan.memang manis bila dicampurkan dalam air teh atau kopi.letak 1 helai sudah cukup manis untuk secawan.dan banyak lagi kegunaannya.



5 ulasan:

  1. linda n ct noarizah.....
    cubalah ianya sangat berguna untuk kesihatan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Ada lagi manafaat Stevia tu..... Sifatnya yg anti bakteria dpt melegakan batuk, sakit kerongkong , gigi berlubang , menyegarkan nafas berbau ,pembentukan plak gigi dll. Kajian pada makanan ayam telah menghasilkan kulit telur yg lebih tebal , bermakna ia boleh menambah kalsium utk merawat osteoporosis. Selama 2 thn lebih saya mengkaji tanaman Stevia. Skrg telah berjaya melkakukan pembenihan sendiri . Jika berminat sila lawati : saidanhamdzan.blogspot.com. Wasalam semua...

    BalasPadam
  3. Dapatkan daripada kami bekalan Gula Stevia yang paling murah di Malaysia. Gula Stevia di proses di kilang tempatan dan di edarkan oleh syarikat islam bumiputra, di jamin halal. Bebas dari rasa pahit.

    Harga: 1/2 KG -> RM45

    Untuk Maklumat Lanjut:
    call/sms 013-431 2808 (omar)

    http://www.facebook.com/pages/Pemanis-Stevia-Rebaudiana-Paling-Murah-Di-Malaysia/350979478353752

    http://steviasentral.wordpress.com/

    BalasPadam

iklan