iklan

sahabatku

Jumaat, 27 Mei 2011

berangkat ke terengganu.....air terjun sekayu.....

ASSALAMMUALAIKUM....
salam jumaat yang mulia.....

malam ini saya sekeluarga akan bertolak ke terengganu.......
saya akan berkampung di air terjun sekayu selama 3 hari di sana....

saya kesana pun kerana anak saudara hubby akan bersanding hari minggu ini.
dan terlanjur kesana saya sekeluarga berjimba-jimba di air terjun.

semoga perjalanan saya sekeluarga akan selamat pergi dan pulang dengan izinNYA.....

Selasa, 24 Mei 2011

sayur chap chai petai..

ASSALAMMUALAIKUM
Hari ini masak yang ringkas dan senang sahaja.sayur chap chai petai.
nak duduk kat dapur dah tak ada mood lagi.fening-fening selera makan pun kureng ntah kenapa 2 3 hari ini macam ada sesuatu yang kureng jer. ape ke hae.....?

Aktiviti berblog masih berjalan seperti biasa.bw sana sini mencari ilmu dan rakan dialam maya serta berkongsi pengalaman dan pendapat.INSYAALLAH.

kita berkongsi resepi lagi

SAYUR CHAP CHAI PETAI
3 batang kacang panjang
3 putik jagung muda
1 kuntum kecil bunga kobis
1 papan petai
2 biji tomato
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
4 biji lada padi
10 ekor sotong atau udang
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak untuk menumis

CARA
tumiskan bawang merah,putih lada sehingga naik bau
masukkan sotong atau udang mesrakan sebentar
masukkan pula sos tiram dan kesemua sayur tadi dan masakkan seketika
perasakan dengan sedikit garam dan kiub ikan bilis
gaulkan mesra dan hidangkan

SELAMAT MENJAMU SELERA





Ahad, 22 Mei 2011

wajah-wajah kesayangan ALLAH SWT....

ASSALAMMUALAIKUM
MARILAH KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH

sayu dan hiba hati ini bila mendapat khabar berita yang sungguh tragis sekali.musibah datang melanda tanpa kita ketahui akan kehendaknya.rumah anak-anak yatim dan madrasah hulu langat selangor.

inilah gambar kenangan sebelum kejadian menimpa yang mana mereka sedang membuat persembahan nasyid.

semuanya menghadiahkan seyuman seolah-olah mereka tahu akan kepergian mereka untuk selamanya.ketahuilah semua senyuman mu itu akan membawa mu kesyurga....AMIN....


Sabtu, 21 Mei 2011

pokok stevia @ pokok gula

ASSALAMMUALAIKUM
hari ini kita tukar topik kepada pokok yang begitu glamer sekarang.
inilah pokok stevia @ pokok gula.

stevia adalah sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di brazil dan paraguay sejak beratus-ratus tahun lagi.ia mula digunakan kaum red indian paraguay sejak 1500 tahun yang silam.ia digunakan untuk memaniskan teh herba.selain daripada itu juga ia untuk memaniskan makanan masakan juga.mereka menggunakan stevia sebagai penawar sebagai menurunkan darah tinggi,melawaskan kencing dan merawat luka terbakar mengurangkan asid urik dan obesiti.bahan aktif yang ada pada stevia di kenali sebagai steiol glycosides mengandungi stevioside dan rebaudioside.bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi,nilai PH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic,menjadikan ia semakin digemari ramai terutama yang ingin mengadkan pengambilan karbohidrat dan diabetes.

kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang eropah pada kurun ke 16.sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di eropoh sehinggalah dibawa ke asia.walaubagaimanapun kajian terhadap stevia mula di lakukan pada awal kurun ke 19.apabila para pengkaji di brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.


saya beli 2 pokok dan yang siap dikeringkan.memang manis bila dicampurkan dalam air teh atau kopi.letak 1 helai sudah cukup manis untuk secawan.dan banyak lagi kegunaannya.



Jumaat, 20 Mei 2011

cucur udang.....

ASSALAMMUALAIKUM
selamat bersiaran dan salam jumaat yang mulia
hari ini kita bersarapan cucur udang atau dikenali jejemput udang
lama juga x kena cucur udang jerangau ni ikut musim juga.tapi udang ini tak
beli kat pasar rakan hubby yang beri.masih hidup lagi.dapat rasa yang masih baru lagi.
oleh kerana ada kerajin saya sertakan sekali resepi.


CUCUR UDANG
1/2 kg tepung gandum
1/2 paket yis mauripan
150g udang jerangau
450 ml air
1 biji telur
1 ulas bawang merah
1 ikat daun kucai
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

CARA
tuang tepung dalam besen besar
campurkan yis, garam dan serbuk kunyit
kedalam tepung gandum tadi
tuang air dan telur kacau sebati
campurkan pula udang, bawang dan daun kucai
perap 45 minit sehingga adunan naik
goreng dengan api sederhana

SELAMAT MENCUBA



Isnin, 16 Mei 2011

puding sagu susu cocktail....

ASSALAMMUALAIKUM
masih dalam resepi semalam tapi kali ini jadikan cocktail pula
berganda-ganda kesedapannya bila tambahkan susu dan buah cocktail
memang kena sangatlah buat begini kelainan sedikit dari biasa.selalu dari kastad
tukar kepada sagu.kekawan cubalah buat mesti layan habis punya.buatnya pun mudah
sangat dan boleh dibuat dengan cara yang perbagai rasa dan bentuk.apa yang penting ianya mengikut citarasa yang tersendiri 


Ahad, 15 Mei 2011

puding sagu pelangi....

ASSALAMMUALAIKUM......
selamat berhujung minggu......
lama betul tak keluarkan n3 seminggu juga rasanya.....
baru hari ini ada kesempatan masa bolehlah santai dengan pc......
pagi lagi saya dah mengodeh puding sagu...........
sekarangni kan musim sagu jejalan kat blog kekawan semua sagu.....
jadi terciptalah untuk santapan hujung minggu bersama keluarga......
sedap di makan sejuk kena pula dengan cuaca panas pula tu. kekenyalan sagu begitu asyik sekali.lapisannya tak begitu sama buat pun main curah je agak-agak je.asalkan ada pelangi di siang hari panas terik lagi hehehe.

Selasa, 10 Mei 2011

talam jagung.....

ASSALAMMUALAIKUM.....
hari ini saya buat kuih talam jagung untuk sarapan pagi.dan masih berbaki lagi berketoi-ketoi...panas betulkan cuaca sekarangni.pagi tadi adalah hujan sekejap itupun tak lebat sekadar cukup untuk rumput mandi.kekeke...

panas-panas gini nak makan dan minum yang sejuk je.tapi takut pula nanti badan meragam pulak.ialah sejak jadi ibu ni makan benda sejuk sikit dah meragam...(dah tua kot)
oh tidak belum tiba waktunya lagi.kena makan jamu nampaknya.kasi nampak mantop dan segar bertenaga.
seorang ibu kena sentiasa bertenaga barulah segala keperluan berjalan dengan sempurna.

salam sayang dari saya dan nikmatilah hidangan untuk hari ini.........ta..ta..ti..ti..tu..tu.....

Isnin, 9 Mei 2011

biskut dahlia

ASSALAMMUALAIKUM....
rasanya belum terlewat ucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu...
apalagi oleh kerana semalam hatiku berbunga-bunga di puji jadilah kejadian biskut dahlia febret sayani.....dan sekeluarga juga....
ini bukan sesiapa order tapi untuk saja wat makan kami sekeluarga dapatlah 3 balang kecil.
biasa hari raya baru buat tapi oleh kerana hari raya lepas tak kesempatan buatnya saya pendam saja keinginan......
lama tak buat jadi lupa skillnya nak buat bunga hentam sajalah janji jadi bentuk bunga hehehe...boleh gitu.....
bentuknya pun comel sangat cukup-cukup saja berada didalam mulut..rasanya jangan cakaplah so lazat....
saya campurkan warna kuning dan oren. buah ceri pula tak ada guna gula manik sebagai penyeri..
tapikan sekejap saje habis kena kerjakan dengan anak dan hubby.tinggallah sebalang lagi untuk menunggu masa.
sebut pasal hari rayakan fening datang melanda sekejap je dah nak munculkan hehehe (puasa belum lagi dah sebut rayakan....)
persiapan mesti dirancang dengan teliti.kalau tidak terkucil sana sini.oklah dah mula nak melalut jauh.....
berjumpa lagi dilain waktu.....

  

Ahad, 8 Mei 2011

tempahan hari ibu......

ASSALAMMUALAIKUM....
siaplah sudah tempahan untuk rakan dari skudai yang mana katanya untuk sambut majlis hari ibunya.
terima kasih bebanyak harap berpuas hati.
bingka roti jagung...
apam blossom dot..dot...
talam suji.....

Khamis, 5 Mei 2011

ikan kerapu,ikan siakap.........

ASSALAMMUALAIKUM.......
fuhh...fuhh...fuhh....bersawang dah blogni hehehe baru beberapa hari tak up date dah ada spider sekali....
hari ini kita lihat cerita bergambar pasal ikan semasa pergi memancing ikan masa cuti hari perkerja lepas..


Lokasi memancing di Teluk Jawa. Memang lumayan hasil siakap dan kerapu fresh.Masak pecel tentu sedap.Ok ke siakap masak pecel,biasa masak stim atau 3 rasa je.Sebab memancing diTelok Jawa citarasa mesti jawa kok.Lepaslah lauk untuk 2 hari.Jimat duit belanja dapur.Ikan Kerapu kalau beli satu kilo Rm 30 siakap 1kilo rm15.Kalau kat pasar banyak siakap bela atau siakap kolam.Rasa tak ada umpph...!
Untungnya dapat suami yang pandai menangkap ikan.Setiap kali pergi pasti membawa hasil yang lumayan.Walaupun terpaksa menanggung rindu tapi berbaloi baloi.alhamdulillah rezeki yang allah berikan untuk kami sekeluarga........

iklan