iklan

sahabatku

Khamis, 14 April 2011

TALAM LAPIS KACANG MERAH

ASSALAMMUALAIKUM....
selamat malam.....
hari ini saya buat kuih talam pula.lapis kacang merah.best rasa kacangnya yang mana saya derhaka sikit kasi lebih kacangnya....saya buat kuih ini ditempah oleh jiran yang membuat doa selamat.jiran menempah 2 loyang.
resepi copy dari blog http://serojakitchen.blogspot.com
terima kasih kak am sebab berkongsi resepi........
sesiapa nak mencuba membuatnya silalah mudah sangat.oleh kerana saya rajin banyak hari ini saya salin di sini pula..........

LAPIS KACANG MERAH
copy....serojakitchen.blogspot.com

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200 ml santan kotak
1/2 cawan gula
500 gm kacang merah
1 cawan air panas(untuk larutkan gula)
3 cawan air biasa
pewarna pink

CARA
larutkan gula dengan 1 cawan air panas.masukan santan dan 3 cawan air.
masukan tepung dan kacau sebati.tapiskan supaya tidak berbintil
bahagikan adunan kepada 3 bahagian
1-warna pink
2-biarkan putih
3-campurkan kacang merah

panaskan periuk kukus dan sapu sedikit minyak pada dasar loyang.
masukan setengah adunan pewarna pink dan kukus 5 minit.
masukan pula adunan warna putih dan kukus lagi 5 minit.
masukan pula adunan kacang dan kukus lagi 5 minit.
ulang semua lapisan sehingga habis dan akhir sekali kukus selama 30 minit.
biarkan kuih betul2 sejuk baru dipotong.

selamat mencuba.................

9 ulasan:

  1. huhuhu...seloyang je cukup ke?
    demi akak saya bagi berloyang2.....

    BalasPadam
  2. t.kasih singgah dapo kak.. kak dah polo dah hehe

    BalasPadam
  3. salam iss...thanks follow kak Noor..sila amik award utk follower storyofmama ok..tq.

    BalasPadam
  4. assalam issnita,
    tkasih singgah dapur n folo kak iza@ssk..
    kak folo juga..

    BalasPadam
  5. kak ilahjy.. dah lama minat kak akak jadi silent raider jr...

    noorsafone...award kak terima kasih sudi beri pada saya

    iza akma..sama2 rajin2 masakyer..

    hani..balasmu ku sambut

    BalasPadam
  6. wahh sedap kuih ni saya suka....rajin msk yer..nice blog..tq sudi singgah my blog...saya follow yer.:)

    BalasPadam
  7. nieza...hehehe rajin bersebab kalau tak masak huru hara jadi rumahni.maklumlah anak ramai.

    BalasPadam

iklan