iklan

sahabatku

Selasa, 12 April 2011

puding roti kopi

ASSALAMUALAIKUM.....
selamat tengahari semua.........
adusss panas cuaca hari ini.tekak pun terasa macam nak makan sesuatu yang sejuk je....
pagi lagi dah terasa kebahanganya dan apalagi fikiran ku mula terbayang puding roti mesti sedap.....
dengan semangat yang saya ada terus kedapur kelentang kelentung yang mana dah 2 hari dapur ku tak berasap huhuhu....
bukan kerana mogok tetapi kesihatanku tidak mengizinkan untuk terus menjalankan tugas seharian....
alhamdulillah kesihatan saya sudah pulih semula.dan tugasku sudah bermula.lega apa yang saya hajati dah tertunai.sejukkkkk bila puding roti masuk ke dalam mulut terasa kepuasannya.....
membuatnya pun mudah sekejap dah siap terus difrezzerkan.cepat sejuk dan terus yum..yum..
sedap juga rasa kopi macam makan roti cicah air kopi.apapun puding roti ini hanya tinggal sepotong yang diatas itu.yang lain saya 4 beranak habiskan.nampaknya saya kena buat sekali lagi untuk mr hubby sebelum bebudakni repot kat ayahnya ibu buat puding roti dan habiskan semuanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan