iklan

sahabatku

Selasa, 5 April 2011

marble chesse brownies...

assalammualaikum.......
selamat tengahari semua.......
hari minggu lepas projek buat brownies untuk bawa pergi jumpa keluarga mentua.tapi tak balik kampung pun hanya jumpa rumah kakak ipar kat nusajaya.walaupun selalu balik kampung tiap2 bulan kali ini perjumpaan rumah akak ipar maklumlah rumah baru pindah jadi perasmian potong reben.huhuhu....
coraknya pun tak tersusun main garis je nak cepat siap panas-panas lagi dah potong.alhamdulillah sampai sana kiranya laku juga brownies sekelip mata dah licin.dikerjakan dengan anak buah yang ramai (kelurga ramai).oleh kerana kesedapannya jiran pun order sebuku hahaha dah mula ambil order jangan marah....sebenarnya masa tengah potong datang pula jiran kasilah merasa buat sembang-sembang pot pet pot pet......
resepinya pun mudah tak berapa rumit.kiranya.pasti ramai kekawan dah ramai mencubanya hanya saya baru nak keluarkan n3 hehehe....
resepi ambil kat blog mana saya dah lupa sebab lama sangat bersarang sampai tulisan kat kertas pun dah kembang.orang rajin ke dapur macam gitulah bila dah copy selit terus lupa kat mana simpan.bila time rajin kemas segala bagai baru jumpa resepi entah berkurun lama.sebelum ia musnah baik saya buat dan selamatkan hehehe....
selamat bertemu kembali.............

2 ulasan:

  1. memang sedap chheese brownies ni..pernah try buat dulu tp x sempat nak amik pic.. laju je lesap... mmg gabungan cheese n coklat menjadi sangat kan?

    BalasPadam
  2. memang menjadi best buatlah lagi kali ini cuba wat red velvet chesse brownis pula.......

    BalasPadam

iklan