iklan

sahabatku

Rabu, 20 April 2011

kuih tako.

ASSALAMMUALAIKUM
selamat pagi mesti semua dah bersarapankan?
pagi-pagi lagi saya dah megodeh kuih tako untuk buat sarapan hari ini.untuk daun saya melipat waktu malam.kuihni kegemaran anak-anak saya kalau disimpan sejuk lagi sedap macam agar-agar jadinya.tapi tengoklah bahagian atasnya tak berapa nak cantik sebab pekat sangat masa masaknya.dalam satu adunan kira banyak juga dapat daun pun ada sikit je selebihnya masuk dalam mangkuk kecil-kecil.mr hubby tengok teperanjat dia kata nak pergi buat jualan ke banyak-banyakni? hehehe sabo jelah...
saya pun tapau untuk dia bawa pergi kerja dengan bekal anak pergi sekolah.

TAKO
bahagian bawah
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan jus pandan
sengkuang cina(potong dadu)

bahagian atas
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
sedikit garam

CARA
sediakan acuan pandan.dan taburkan sengkuang cina.
campurkan semua bahan bawah gaul mesra dan masak sehingga kental.
tuang dalam acuan dengan cepat.
campurkan bahagian atas dan gaul mesra dan masak hingga sedikit pekat.
tuangkan diatas adunan bawah tadi dengan cepat.
simpan sejuk.

4 ulasan:

  1. askm...rajin sgguh issnita men"tako" kan diri di pg hari yer...sya x pnah agi try wat kuih tako ni...xtau la bla nak try..nak lipat daun wat bekas pon x tau cne...huhuhuh

    BalasPadam
  2. wa"salam....huhuhu tak rajin pun kena wat juga.kat umah ni banyak sangat permintaan.

    BalasPadam
  3. sedapnya kuih ni...lama tak mkn ni..

    BalasPadam

iklan