iklan

sahabatku

Jumaat, 29 April 2011

kuih kasui a.k.a kuih kentuttttt...

                                               ASSALAMMUALAIKUM
                             salam jumaat semua.....semoga dirahmati
                  pagi ini saya bersarapan kuih kasui atau kuih kentut(sorry)
          kenapa ia dipanggil begitu sebab baunya dan rasa kapurnya.tapi sedap.
     boleh dimakan begitu sahaja atau di taburkan kelapa yang digaul sedikit garam.kiranya ramai juga yang meminati termaksuklah saya sekeluarga.
buatnya pun mudah macam main masak-masak godeh-godeh dah siap.kekenyalannya cukup membuatkan kita tambah dan tambah lagi.kuih ni glamour masa mak-mak kita kan? kalau pergi yasinan mesti ada kuih ini sampai sekarang pun masih glamour lagi.resepinya saya buat main agak-agak je.jika rasanya cukup kentutnya dan kecairannya kalau boleh keluar dari tapis maksudnya oklah tu.itu petua dari emak saya.

Khamis, 28 April 2011

KEMBALI SENYUM......

ASSALAMMUALAIKUM..
hari ini kita tukar pula ya tak ada n3 masak-masak kita hiburkan hati pula sambil cari idea-idea baru..lagipun kemalasan tengah melanda bukan tak masak terus cuma bercuti berblog sekejap...
minat betul dengan lagu ini apalagi ceritanya walau dah lama THE END.cerita korea adalah salah satu hobby saya mesti nak tengok tak boleh miss punya.kalau dah layan cerita korea boleh senyum sendiri kekadang menangis sampai boleh beremosilah.sampai naik pelik mr hubby tengok sampai begitu sekali pengaruhnya.itulah kalau dah minatkan.sekarang pun masaih layan cerita korea kat ntv7 suke sangat....
saya harap anda semua akan terhibur sama.ok bye bye....JUMPA LAGI...

Isnin, 25 April 2011

kad dari adiweyah......

ASSALAMMUALAIKUM.....
cantikan bunga ros kan? ini adalah pemberian dari rakan follower adiweyah.blogspot.com terima kasih sudi beri pada saya.tapi sebelum itu bebanyak minta maaf sebab lewat ambil maklumlah hujung minggu hari bersama keluarga.dan semoga persahabat di alam maya ini akan terus berkembang dan mewangi hingga keakhirnya..........
                                     >>>>AMIN<<<<

Ahad, 24 April 2011

nasi lemak kukus 50 sen....

ASSALAMMUALAIKUM....
selamat berhujung minggu.....
hari ini sarapan nasi lemak memang kemestian kalau hari minggu mesti masak nasi lamak.WAJIB.
inilah nasi kegemaran kami sekeluarga.dari sarapan terus merangkap makan tengahari.bolehlah saya berjimba-jimba tak payah nak duduk dapur lagi.maklumlah hari minggu hari rest saya.MR MAMA pula yang ambil alih segalanya hehehe....
siap hias bagai lagi kalau MR MAMA buat kerja.katanya nasi lemak 50 sen huhuhu.layannnnnn..

Jumaat, 22 April 2011

apam blossom dot..dot..dot.....

                                                       ASSALAMMUALAIKUM
hari ini mengapam pula setelah sekian lama anak sibuk nak makan baru dapat buat kesian.....
buat dalam 1 adunan aje dapat banyak juga.puaslah bebudak ni makan.saya letak inti lempok durian lagilah suka bebudak ni kalau dah nama durian semuanya berhantu huhuhu...
resepi dari siapa lagi yang glamor dengan tempahan berderet-deret tu.kalau anda nak kenal dengan tuan punya resepi boleh sekodeng serojakitchen.blogspot.com
saya minta izin letek resepi kat sini pula ye.....

APAM DOT..DOT..
sumber: kak am

3 biji telur
150 gm gula castor
250 gm tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil overlate
150 ml susu cair
jem kegemaran

CARA
masukkan semua bahan dan putar sebati.
masukkan sedikit adunan dalam bekas paper cup dan tambahkan sedikit jem dan tutup penuh semula dengan adunan tadi.
kukus selama 15 minit.

                                                     

Rabu, 20 April 2011

kuih tako.

ASSALAMMUALAIKUM
selamat pagi mesti semua dah bersarapankan?
pagi-pagi lagi saya dah megodeh kuih tako untuk buat sarapan hari ini.untuk daun saya melipat waktu malam.kuihni kegemaran anak-anak saya kalau disimpan sejuk lagi sedap macam agar-agar jadinya.tapi tengoklah bahagian atasnya tak berapa nak cantik sebab pekat sangat masa masaknya.dalam satu adunan kira banyak juga dapat daun pun ada sikit je selebihnya masuk dalam mangkuk kecil-kecil.mr hubby tengok teperanjat dia kata nak pergi buat jualan ke banyak-banyakni? hehehe sabo jelah...
saya pun tapau untuk dia bawa pergi kerja dengan bekal anak pergi sekolah.

TAKO
bahagian bawah
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan jus pandan
sengkuang cina(potong dadu)

bahagian atas
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
sedikit garam

CARA
sediakan acuan pandan.dan taburkan sengkuang cina.
campurkan semua bahan bawah gaul mesra dan masak sehingga kental.
tuang dalam acuan dengan cepat.
campurkan bahagian atas dan gaul mesra dan masak hingga sedikit pekat.
tuangkan diatas adunan bawah tadi dengan cepat.
simpan sejuk.

Selasa, 19 April 2011

crispy onion rings.

                               ASSALAMMUALAIKUM.....
jalan-jalan cari ilmu di blog kekawan entah macam mana boleh terjumpa n3 yang ini pula.saya tergoda dan jadi panasaran hingga cair segala air mata dan air liur huhuhu.....
air mata keluar sebab potong bawang dan air liur keluar kerana tak sabar nak merasa keenakannya.oleh kerana tidak kesabaran saya terus mengodeh dan mengoreng ......
maka jadilah kejadian ini crispy onion rings......


CRISPY ONION RINGS
sumber:http:dayangjack.blogspot.com

bawang holland secukupnya(dipotong bulat)
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 air sejuk dari peti ais
sedikit lada sulah
garam
gula

CARA
satukan kesemua bahan kecuali bawang kedalam mangkuk dan sebatikan.
simpan dalam peti ais selama 15 minit.
panaskan minyak untuk gorengan terendam.
pastikan minyak cukup panas.
celupkan bawang kedalam batter tadi dan goreng sehingga kekuningan.
hidang bersama sos cili.


p/s...makan bawang makruh....INGAT....

Isnin, 18 April 2011

karnival

assalammualikum......
aktiviti semalam masuk peraduan masak kari ikan, gubahan dari kain, mewarna dan banyak lagi tak sempat nak snap gambar banyak2 penat dah. dari seawal 8pagi hingga petang.itupun tak tunggu habis anak ajak balik.karnival anjuran de selera maju enterprise anak masuk peraduan mewarna pun tak tengok keputusan sebabnya saya dah adili sendiri hehehe...tak kisahlahkan mereka nak mewarna pun suka-suka kawan-kawan semua masuk saya layan je.apa yang penting mereka seronok dengan aktiviti semalam.dengan gelagat dj yang begitu sporting tak penat-penat menghiburkan peserta dan penonton.
.......ENJOY......

Sabtu, 16 April 2011

awart lagi....

                                           ASSALAMMUALAIKUM
                                    cantik sungguh bunga terpesona hatiku
                     award yang cantik ini dari blog storyofmama.blogspot.com
                                        terima kasih sudi beri pada saya

Khamis, 14 April 2011

TALAM LAPIS KACANG MERAH

ASSALAMMUALAIKUM....
selamat malam.....
hari ini saya buat kuih talam pula.lapis kacang merah.best rasa kacangnya yang mana saya derhaka sikit kasi lebih kacangnya....saya buat kuih ini ditempah oleh jiran yang membuat doa selamat.jiran menempah 2 loyang.
resepi copy dari blog http://serojakitchen.blogspot.com
terima kasih kak am sebab berkongsi resepi........
sesiapa nak mencuba membuatnya silalah mudah sangat.oleh kerana saya rajin banyak hari ini saya salin di sini pula..........

LAPIS KACANG MERAH
copy....serojakitchen.blogspot.com

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200 ml santan kotak
1/2 cawan gula
500 gm kacang merah
1 cawan air panas(untuk larutkan gula)
3 cawan air biasa
pewarna pink

CARA
larutkan gula dengan 1 cawan air panas.masukan santan dan 3 cawan air.
masukan tepung dan kacau sebati.tapiskan supaya tidak berbintil
bahagikan adunan kepada 3 bahagian
1-warna pink
2-biarkan putih
3-campurkan kacang merah

panaskan periuk kukus dan sapu sedikit minyak pada dasar loyang.
masukan setengah adunan pewarna pink dan kukus 5 minit.
masukan pula adunan warna putih dan kukus lagi 5 minit.
masukan pula adunan kacang dan kukus lagi 5 minit.
ulang semua lapisan sehingga habis dan akhir sekali kukus selama 30 minit.
biarkan kuih betul2 sejuk baru dipotong.

selamat mencuba.................

Rabu, 13 April 2011

DOUBLE CHOCLATE CHEESE TART

ASSALAMMUALAIKUM.....
selamat tengahari semua.......
dan selamat berehat dan melengkor huhuhu.....
lepas makan tengahari mata pun jadi kuyu je badan pun jadi longgar semua sendi.dapat tegangkan badan fuhh lega....
projek waktu malam tadi double choclate cheese tart.buat cukup makan je sekali makan 6 beranak selesai habuk pun licin tak cukup kekeke.....
resepi sama macam biasa cuma filling coklat dan cheese letak perasa coklat.
selamat bertemu lagi.....

Selasa, 12 April 2011

puding roti kopi

ASSALAMUALAIKUM.....
selamat tengahari semua.........
adusss panas cuaca hari ini.tekak pun terasa macam nak makan sesuatu yang sejuk je....
pagi lagi dah terasa kebahanganya dan apalagi fikiran ku mula terbayang puding roti mesti sedap.....
dengan semangat yang saya ada terus kedapur kelentang kelentung yang mana dah 2 hari dapur ku tak berasap huhuhu....
bukan kerana mogok tetapi kesihatanku tidak mengizinkan untuk terus menjalankan tugas seharian....
alhamdulillah kesihatan saya sudah pulih semula.dan tugasku sudah bermula.lega apa yang saya hajati dah tertunai.sejukkkkk bila puding roti masuk ke dalam mulut terasa kepuasannya.....
membuatnya pun mudah sekejap dah siap terus difrezzerkan.cepat sejuk dan terus yum..yum..
sedap juga rasa kopi macam makan roti cicah air kopi.apapun puding roti ini hanya tinggal sepotong yang diatas itu.yang lain saya 4 beranak habiskan.nampaknya saya kena buat sekali lagi untuk mr hubby sebelum bebudakni repot kat ayahnya ibu buat puding roti dan habiskan semuanya...

Sabtu, 9 April 2011

OH AWARD.....

ASSALAMUALAIKUM.....
pertama kali dapat award hehehe.....
terima kasih pada yang beri award http://dapurkecilnorul.blogspot.com/
rasanya macam tak layak lagi nak terima award.sebab masih baru dalam dunia berbloging.dan masih banyak perlu diperlajari lagi dari cifu dan rakan follower.
jalan-jalan kat blog kekawan ramai juga yang dapat award saya baru kesempatan nak keluarkan n3 huhuhu al maklumlah sibuk seharian baru dapat luangkan masa sekejap.
pada rakan alam maya anda semua adalah sahabatku.

Rabu, 6 April 2011

bubur kacang durian bersagu

assalammualaikum........
salam sejahtera kepada anda semua moga berbahagia.....
hari kita perkena bubur kacang durian.sedang elok dengan cuaca yang mendung begini....
awal-awal lagi saya dah buat bubur kacang belum waktu minum petang lagi hehehe...ini permintaan anak yang nombor tiga..yang anak nombor dua pula tak nak ada durian hai poning kepala ibu.bila dah siap terpaksa asingkan dulu yang tak ada durian.barulah masukan durian....
macam-macam gelagat anak kita sebagai ibu kena banyak bersabar dengan karenahnya.....

bubur kacang durian
-500gm kacang hijau
-5 biji durian
-1 mgkuk santan
-1 cawan gula pasir-ikut manis
-1 buku gula merah
-1 cawan biji sagu
-3 helai daun pandan-disimpul
-1 inci halia-diketuk
-secubit garam

CARA
-rebus kacang hijau bersama daun pandan dan halia hingga empuk.
-kemudian masukan gula merah dan gula pasir.
-masukan santan dan biarkan sehingga mendidih sebentar.
-masukan pula biji sagu dan biarkan kembang
-akhir sekali baru masukan durian.
-masak hingga kuahnya sedikit pekat.

Selasa, 5 April 2011

marble chesse brownies...

assalammualaikum.......
selamat tengahari semua.......
hari minggu lepas projek buat brownies untuk bawa pergi jumpa keluarga mentua.tapi tak balik kampung pun hanya jumpa rumah kakak ipar kat nusajaya.walaupun selalu balik kampung tiap2 bulan kali ini perjumpaan rumah akak ipar maklumlah rumah baru pindah jadi perasmian potong reben.huhuhu....
coraknya pun tak tersusun main garis je nak cepat siap panas-panas lagi dah potong.alhamdulillah sampai sana kiranya laku juga brownies sekelip mata dah licin.dikerjakan dengan anak buah yang ramai (kelurga ramai).oleh kerana kesedapannya jiran pun order sebuku hahaha dah mula ambil order jangan marah....sebenarnya masa tengah potong datang pula jiran kasilah merasa buat sembang-sembang pot pet pot pet......
resepinya pun mudah tak berapa rumit.kiranya.pasti ramai kekawan dah ramai mencubanya hanya saya baru nak keluarkan n3 hehehe....
resepi ambil kat blog mana saya dah lupa sebab lama sangat bersarang sampai tulisan kat kertas pun dah kembang.orang rajin ke dapur macam gitulah bila dah copy selit terus lupa kat mana simpan.bila time rajin kemas segala bagai baru jumpa resepi entah berkurun lama.sebelum ia musnah baik saya buat dan selamatkan hehehe....
selamat bertemu kembali.............

Sabtu, 2 April 2011

kek gulung patah kasih.....

assalammualaikum........
huhuhu....patah kasihku......
inilah kejadian kekku yang patah kasih......
pertama kali ku buat tak menjadi gulunganya tapi tak apa aku akan mencuba lagi.........
saya guna  filling blueberry sapuan jem.membuatnya pun senang tak rumit dan masa yang diambil pun tak lama sekejap sahaja...
bab corak agak comot sikit sebab masa saya nak berhias bagai datang pula anak nak buat juga kononnya nak tolong juga.....
bila dah siap mereka tanya kek ni apa nama?warnanya macam ni ke?
hahaha.....dengan senangnya saya jawab kek pilih kasih.boleh gitu sesuka je beri nama.apapun memang sedap terima kasih pada yang empunya resepi.bab resepinya nanti saya masukan untuk kejadian yang menjadi tunggu.....
dan salam sayang dari saya assalammualaikum........

Jumaat, 1 April 2011

tart telur....

assalamualaikum........ projek 2 hari lepas baru nak masukan n3 hehehe.....
baru pertama kali nak mencuba buat tart telur menjadi juga fuhhh lega.lebih melegakan ialah sekejap dah licin anak kasi perhabis hehehe.......
kena berhati-hati masa nak masukan filling sebab cair kalau terpenuh habis melekat kat dasar loyang.yang buat tak puashati fillingnya jadi sedikit.adakah memang begitu kalau dah masak fillingnya akan sedikit susut kalau ada teman yang tahu caranya boleh kongsi petua bersama......

iklan