iklan

sahabatku

Selasa, 8 Mac 2011

sarapan ubi rebus dikala hujan pagi......

assalammualaikum.............,
sejuknya pagi ini hujan sepanjang subuh kena pula dengan sarapan ubi rebus aduss best sangat.tapi yang tak bestnya tak boleh tidur malam tadi asyik terjaga sahaja tak tahulah kenapa? pusing kiri pusing kanan pun tak nak lelap lihat hubby dan anak-anak semua sedang diulit mimpi zzzzzzzz...
ubi ini pemberian emak semalam dapat rasa walaupun bukan air tangan emak yang tanam hehehe....ubi boleh diperbagaikan resepi boleh dibuat.saya lebih suka rebus kena cicah dengan sambal tumis atau sambal ketuk lagilah terangkat kan...anak-anak pun suka makan kalau biasa disuruh sarapan pagi time nak pergi sekolah cukup liat hanya air sahaja dia minum.tapi bila nampak ubi rebus boleh pulak makan dengan tak ada alasan..........
kalaulah saya tinggal dikampung tak payahlah nak membeli tanam sahaja disekeliling rumah.beginilah kalau tinggal ditaman perumahan segalanya kena tunjuk dan bayar.....
lainlah kampungkan segalanya ada tanam dan petik kan seronok begitu.tapi kena rajinlah bak kata pepatah bebudi pada tanah ada hasilnya(betulke pepatah macamni lainje sebutnya).saya ada juga berangan dengan hubby nanti kalau dah pencen anak pun dah besar dah ada haluan masing-masing bolehlah duduk kat kampung tenang sikitkan.jika dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik bolehlah sempat berbudi pada tanah.dapat anak cucu rasa air tangan nenek dan atuknya berkebun hehehe.(aduh dah panjang sangatni berangan takut nanti tak kesampaian pula minta jauhlah).ok berjumpa lagi jika ada keizinan dilain waktu ta....ta....ti....ti....tu....tu........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan