iklan

sahabatku

Khamis, 3 Mac 2011

bingka durian....

assalammualaikum.....
dan selamat tengahari semua.
cuaca agak bagus dari pagi sempatlah kering pakaian.semalam hujan petang hari ini pun macam nak hujan lagi (macam kaji cuaca pula).
pagi ini buat sarapan kuih bingka durian pula baru semalam buat bingka ambon.adusss demam bingka ni. saya suka buat kuihni sebab senang bancuh dan bakar dah siap.lainlah bingka ambon hilang kesabaran nak makannya tapi tak apa setahun sekali buat lagi kot hehehe....
saya sekeluarga dikira hantu durian buka mata sarapan durian dan sebelum tidur mentong durian lagi lepas tu tak boleh tidur sebab kepanasan....
ini jelah kuih yang saya dapat snap itu pun sempat simpan.mr hubby bawa bekal sikit kat tempat kerja.dengan anak nak bawa bekal juga pergi sekolah.dapatlah saya rasa 2 ketui je huhuhu....
resepi bingka ni dari emak saya cara orang dulu-dulu yang buat lagi sedap kalau bakar atas api baru namanya kuih bakar kan. saya bakar dalam oven tu yang tak berapa nak hangus.lagi hangus kerak dia lagi sedap makan kerak je dulu dah puas......
hari ini tak boleh nak tenet lama-lama ada permintaan anak yang perlu ditunaikan.nanti kalau lambat ditunaikan asyik tuntut janji fening ibu nak menjawab.kita tengok resepi dulu ye........

BINGKA DURIAN
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat(1 biji kelapa)
5 biji telur
1/2 cawan gula pasir
pewarna kuning
isi durian

-laser bekas acuan dengan mentega cair.
-campurkan kesemua sekali bahan gaul sebati.
-tuangkan dalam acuan yang telah dilaser tadi.
-bakar 180c selama 45 minit atau sehingga masak.
-sejukan baru boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan