iklan

sahabatku

Khamis, 31 Mac 2011

RENDANG KUPANG...

assalammualaikum........
hari khamis sudah cepat betul masa berlalu.hari ini saya masak rendang kupang istimewa dari negeri sembilan.huhuhu jauhnya pergi negeri sembilan.hehehe......
orang negeri sembilan terkenal dengan rendangnya yang sedap.lagi kalau dapat rendang daging atau ayam adusss sodap.saya paling suka ayam masak lemak cili api n9 huh power pedas lemak cukup rasa.lebih-lebih lagi kalau orang n9 yang buat makan bertambah jadinya.
tapi kali ini saya buat rendang kupang pula.cara buatnya pun mudah kita tengok resepinya..........

RENDANG KUPANG
500gm kupang yang siap dibuang kulit
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji lada kering
15 biji lada padi
1 biji kelapa jadikan santan
daun kunyit
daun limau
kerisik
asam keping
minyak masak

CARA
-blender semua bahan kecuali daun limau,kunyit,asam keping dan kerisik.
-tumis bahan yang diblender tadi sehingga naik bau.
-masukan kupang dan juga santan.
-biarkan masak sebentar.
-masukan daun limau dan daun kunyit.
-tambahkan perasa dan asam keping.
-masukan kerisik dan biarkan ia masak pekat.

Ahad, 27 Mac 2011

siapa nak benda ni.................?

assalammualaikum........
dan selamat berhari minggu
semoga anda berbahagia disamping orang yang dikasihi.
hari ini tak ada n3 masak-masak yang ada kali ini lain sikit.maklumlah baru dapat ni nak tunjuk pada anda semua siapa yang belum ada lagi boleh order yang dah ada tu kita layan gambar manalah tahu kot-kot anda nak order lagi hehehe promot.........
barang ni baru sampai semalam kiranya cepat juga dapat baru order 2hari lepas dah sampai.sebenarnya lama dah nak beli bendani.dah banyak kedai juga pergi tapi harganya tu macam kurang berkenan dengan barangnya apa orang kata tak berbaloi hishishis.....
tapi kali ini dah jumpa terus sambar apalagi order terus.berbaloi-baloi sebab kalau beli bendani boleh dapat 2 dengan beli kat kedai.nasib baik tak beli kat kedai kalau tidak rugi besar wo....
ya inilah benda yang saya maksudkan huhuhu........DIGITAL SCALE.....
harga hanyalah RM45.00 sahaja termasuk pos kan berbaloi-baloi....nak tahu kedai jual berapa RM 75.00 satu kan rugi kalau beli boleh dapat 2 set tau.......
kalau anda berkenan bolehlah order kat facebook RINA MOHD DOM.
best sangat dapat berkenalan orangnya pun peramah dan baik hati.terima kasih pada kak rina sambil berbisnes kongsi resepi lagi.huhuhu suka dah ramai usahawan wanita sekarangni.begitu juga dengan seluruh wanita yang berbisnes semoga anda semua maju dalam kerjaya masing-masing.

Khamis, 24 Mac 2011

kari dalcha dan roti sosej.

 assalammualaikum......
mari kita perkena roti bersosej dan dalcha.lauk buat makan tengahari dan tambah roti sosej buat minum petang hehehe.....
senang kerjakan tak payah dok pikir nak buat apa minum petangkan.lagipun saya hari ini macam malas nak duduk dapur lama-lama fening-fening.sesekali kena sedap juga lagi kalau cicah dengan roti jala lagi bestkan.nak menjala tu yang payah sikit belum sampai seru dan kemalasan tengah melanda.
biasalah surirumah kekadang kekeringan idea nak masak apa.
sampai nak tidur pun masih fikir lagi nak masak apa esok dari pagi sampai ke minum petang.
jalan-jalan ke blog kekawan dapatlah idea sikit.tapi kena minta izin dulu barulah menjadi dan dapat keberkatan.terima kasih saya ucapkan pada semua sebab sudi berkongsi resepi dan ilmu yang tiada sempadan semoga anda semua sihat sejahtera.AMIN......                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

                                                                                                                                                                                  



                                                                                                                                                                                                




Selasa, 22 Mac 2011

bepang beras

assalammualaikum......
selamat petang semua n3 terlewat kekeke....
bepang beras ni terkenal kat kelantan tapi saya tak sampai kelantan lagi ntah bila nak kesana teringgin juga akhirnya dalam mimpi jelah pergi kot.
saya buat pun sebab terjumpa berasni dah siap dijual apalagi sambarlah.tapi kalau taburkan kacang atau bijan lagi sedapkan.tokey kedai cakap kalau makan begitu sahaja beras lagi bagus boleh kasi keluar itu angin.kalau kasi tambah gula angin tak mahu keluar yang keluar itu kencing manis juga hahaha apalah itu tokey dia tak tahu saya beli itu beras kocek saya masuk angin dia tak tahu..

buat kuih manis macamni anak semua suka sampai lupa nak makan nasi lagi kalau duduk mengadap tv boleh licin mereka kerjakan.saya juga yang dapat habuk.
nak makan manis takut juga saya emak dan ayah saya dah ada diabetis.masa saya mengandungkan anak yang ke4 dulu dah ada tapi tak tahulah sekarang belum pergi check lagi. minta-minta lah dijauhkan.tak sanggup saya nak menghadapi tapi kalau dah ujian dari ALLAH saya redha.walauapapun semua nya terletak pada kita nak pilih cara hidup sihat atau kita ikutkan HIDUP BIAR SEDAP.sebab yang manis itu racun yang pahit itu penawar..........

Ahad, 20 Mac 2011

agar-agar santan

                                 
assalamualaikum....
salam berhujung minggu
nyamannya hari ini cuaca pun sejuk sebab hujan kena lagi dengan agar-agar santan bertambah segar aku rasa.esok anak-anak dah mula bersekolah dan mulalah tugas yg padat seharian.segala persiapan semua aku dah bereskan dari menggosok untuk seminggu hingga periksa buku sekolah uhhhh lega........

tetiba je aku terasa nak makan agar-agar santan apalagi aku teruslah mengodeh.aku tak guna pewarna cuma guna air daun pandan yang diperah barulah rasa keasliannya.kalau setakat agar-agar santan semua tahu buatkan jadi tak payahlah aku masukkan resepinya.akupun buat main tuangje asalkan jadi dan rasa pandan hehehe....

Khamis, 17 Mac 2011

karipap lagi......versi pusing....

assalammualaikum.......
arghhhh....karipap lagi dan lagi........
tapi kali ini versi pusing pula hehehe jagan marah ye....
cuti sekolahkan apalagi permintaan tinggi febret.......
intinya tetap keledek order kentang saya buat keledek hehehe...senang juga membuatnya cuma lambat sikitlah banyak sangat step by step kena sabar baru menjadikan....
lama dah teringin nak makan tapi itulah kemalasan dah melanda terus simpan angan-angan nasible tak mengidam kalau tidak ngeces anak melelehje.......
buat pun tak banyak adalah dalam seloyang.simpan frozen bila-bila boleh goreng buat minum pagi dan petang.kali ini resepinya dari blog jejaka idaman siapa lagi kalau bukan MAT GEBU yang glamour dengan blog masak-masak.sekali dia tayang resepi terus terpengaruh dan tergoda.....tapi intinya saya tak ikutlah EN MAT GEBU punya kalau dia selalu derhaka saya pun nak derhaka juga. tapi derhaka saya minta ampun kat EN MAT GEBU.terima kasihye EN MAT GEBU.



                                                                

Selasa, 15 Mac 2011

blueberry cheese tart

assalammualaikum..........
wah rajin juga saya mengupdatekan......
pertama kali buat cheese tart alhamdulillah menjadi.lapang dada kalau kerja yang kita buat menjadikan.tengoklah cantikan kulit tepinya iti kes terlebih rajin buat bentuk bunga tapi nipis sikitlah kulitnya.
akhir kalau dah banyak sangat buat terus tak jadi bunga lagi tekan je kat acuan asalkan cepat siap.resepi ambil kat blog SEROJA KITCHEN

yang ini teman setia kalau saya buat kuih muka dia aje nak interprem.tengoklah gaya dia berdua jenuh tunggu ibu buat lambat sangat siap sampai memdongak dagu hehehehe sabar........
minta ampun sedapnya patutlah harganya boleh tahan dan glamour.sekali cuba pasti nak lagi dan lagi.kalau ginilah terpaksa saya buat selalu tak cukup bebudak makan celik mata sarapan cheese tart sebelum tidur pun masih nak makan lagi.al maklumlah cuti sekolah seminggu apalagi bebudakni macam-macam order kat ibu nak makan itu inilah terpaksalah layannnnn....ok layan sekali resepinya.......

BLUEBERRY CHEESE TART
sumber; seroja kitchen

PASTRI
1 biji telur
100gm butter
75gm gula aising
200gm tepung gandum

CHEESE
250gm keju
60gm butter
60gm gula aising
1 biji telur

CARA
pastri  -semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh.
          -bulatkan doh sebesar ibu jari tekan dalam acuan.
          -cucuk sikit dengan garfu.
          -bakar 15 minit 160c.
cheese-pukul semua bahan halus dan rata.
          -pipikan sedikit blueberry kemudian tutup dengan krim cheese.
          -(sedikit krim cheese + sedikit blueberry)
          -lorekkan atas permukaan.
          -bakar sekejap 5minit.

Isnin, 14 Mac 2011

kek hari lahir.......siapa?

assalammualaikum......
bertemu kembali setelah sekian lama blog ini bersawang.......
selamat hari lahir saya ucapkan pada mr hubby yang ke........
kek ini buat semalam sambut hari lahir hubby pada 13.3.197....
sanggat berkobar-kobar hendak membuatnya seminggu juga puas berfikir kek apa nak dipersembahkan pada hubby.alhamdulillah walaupun sekadarnya menyambutnya kami sekeluarga bersyukur dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik.oleh kerana hubby suka minum air nescafe saya pun buat kek chiffon kopi untuknya.dapatlah pujian yang ikhlas dari hubby.katanya rasa kek macam makan roti kopi MR MAMA kat kedai.kembang sekejap dapat pujian hehehe.....anak-anak pun suka rasanya biasa mereka makan krimje dulu tapi kali ini mereka makan kek sekali licin sekali potong.dengan tak sangka ada tetamu pula yang bertandang kakak dengan emak dapatlah sambut bersama keluarga.meriah sungguh jadinya walaupun buatnya sekadarnya.

bab dekor puas juga tonton YOUTUBE macam mana nk buat corak basket akhirnya jadi juga walaupun ada yang sumbing.hajat nak buat bunya ros tapi tak jadi-jadi penat jadinya.last-last buat bunga apapun asalkan jadi bunga hehehe....tapi tak ada lilin nak tiup lupa nak beli jangan marah tau sayang.....
bila time nak potong sayang pula kena potong dah buat cantik-cantik kena potong adoiiii.kalau macamni buat kek simpan jadi perhiasan boleh gitu.dan tolong abaikan yang ada kat belakang tu yer........resepinya nantilah kalau ada masa tenet slow sangat malas nak melayan.

Selasa, 8 Mac 2011

sarapan ubi rebus dikala hujan pagi......

assalammualaikum.............,
sejuknya pagi ini hujan sepanjang subuh kena pula dengan sarapan ubi rebus aduss best sangat.tapi yang tak bestnya tak boleh tidur malam tadi asyik terjaga sahaja tak tahulah kenapa? pusing kiri pusing kanan pun tak nak lelap lihat hubby dan anak-anak semua sedang diulit mimpi zzzzzzzz...
ubi ini pemberian emak semalam dapat rasa walaupun bukan air tangan emak yang tanam hehehe....ubi boleh diperbagaikan resepi boleh dibuat.saya lebih suka rebus kena cicah dengan sambal tumis atau sambal ketuk lagilah terangkat kan...anak-anak pun suka makan kalau biasa disuruh sarapan pagi time nak pergi sekolah cukup liat hanya air sahaja dia minum.tapi bila nampak ubi rebus boleh pulak makan dengan tak ada alasan..........
kalaulah saya tinggal dikampung tak payahlah nak membeli tanam sahaja disekeliling rumah.beginilah kalau tinggal ditaman perumahan segalanya kena tunjuk dan bayar.....
lainlah kampungkan segalanya ada tanam dan petik kan seronok begitu.tapi kena rajinlah bak kata pepatah bebudi pada tanah ada hasilnya(betulke pepatah macamni lainje sebutnya).saya ada juga berangan dengan hubby nanti kalau dah pencen anak pun dah besar dah ada haluan masing-masing bolehlah duduk kat kampung tenang sikitkan.jika dipanjangkan umur dan kesihatan yang baik bolehlah sempat berbudi pada tanah.dapat anak cucu rasa air tangan nenek dan atuknya berkebun hehehe.(aduh dah panjang sangatni berangan takut nanti tak kesampaian pula minta jauhlah).ok berjumpa lagi jika ada keizinan dilain waktu ta....ta....ti....ti....tu....tu........

Jumaat, 4 Mac 2011

karipap keledek.....permintaan.....

assalammualaikum...........
salam jumaat yang mulia.............
inilah permintaan anak saya yang terpaksa saya tunaikan semalam.karipap inti keledek buat minum petang semalam.tapi hari ini punya cerita al-maklumlah inilah masa yang dapat diluangkan sekejap sahaja.......
saya buat tak banyak untuk 6 orang makan.kalau dikira beli kat kedai ada dalam rm5.00.macam lipas kudung saya membuatnya nak cepat siap.
budak inilah yang mintanya dengan senyum simpul lagi.sempat lagi nak berposing pula hehehe..
ini baru sorang yang minta belum yang 3orang lagi fening-fening....
oklah permintaanya yang boleh ibunya buat kalau buatnya dia minta yang pelik lagi bukan-bukan gatal kepala nak menjawabnya.hishishis.....
kadang-kadang yang dia minta suruh beli kat kedai je tak nak banyak alasan yang dia beri dapat sikitlah tak sedaplah tak cukuplah semua ada bebelnya...
hehehe nak air tangan ibu juga baru mereka puas walaupun sikit kena kongsi.janji ibu yang buatkannya.itulah penangan air tangan seorang ibukan cukup dengan kasih sayang yang dah sebati dari azalinya........
apalagi kalau suami tak keruan dibuatnya sanggup berlapar kat luar semata-mata nak rasa masakan isterinya.sanggup tunggu walau berapa lama pun akan siap hehehehe (ada macam ayat bodek tak).tamatlah waktu yang ada untuk hari ini sampai jumpa lagi.........

Khamis, 3 Mac 2011

bingka durian....

assalammualaikum.....
dan selamat tengahari semua.
cuaca agak bagus dari pagi sempatlah kering pakaian.semalam hujan petang hari ini pun macam nak hujan lagi (macam kaji cuaca pula).
pagi ini buat sarapan kuih bingka durian pula baru semalam buat bingka ambon.adusss demam bingka ni. saya suka buat kuihni sebab senang bancuh dan bakar dah siap.lainlah bingka ambon hilang kesabaran nak makannya tapi tak apa setahun sekali buat lagi kot hehehe....
saya sekeluarga dikira hantu durian buka mata sarapan durian dan sebelum tidur mentong durian lagi lepas tu tak boleh tidur sebab kepanasan....
ini jelah kuih yang saya dapat snap itu pun sempat simpan.mr hubby bawa bekal sikit kat tempat kerja.dengan anak nak bawa bekal juga pergi sekolah.dapatlah saya rasa 2 ketui je huhuhu....
resepi bingka ni dari emak saya cara orang dulu-dulu yang buat lagi sedap kalau bakar atas api baru namanya kuih bakar kan. saya bakar dalam oven tu yang tak berapa nak hangus.lagi hangus kerak dia lagi sedap makan kerak je dulu dah puas......
hari ini tak boleh nak tenet lama-lama ada permintaan anak yang perlu ditunaikan.nanti kalau lambat ditunaikan asyik tuntut janji fening ibu nak menjawab.kita tengok resepi dulu ye........

BINGKA DURIAN
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat(1 biji kelapa)
5 biji telur
1/2 cawan gula pasir
pewarna kuning
isi durian

-laser bekas acuan dengan mentega cair.
-campurkan kesemua sekali bahan gaul sebati.
-tuangkan dalam acuan yang telah dilaser tadi.
-bakar 180c selama 45 minit atau sehingga masak.
-sejukan baru boleh dihidangkan.

Rabu, 2 Mac 2011

bingka ambon....

assalammualaikum.....
hai semua agak lama x mengupdate n3 hehehe orang rajinkan.....
kali ini saya buat kuih bingka ambon yg mana saya terlebih rajin.dah lama dok mengidam nak makan kuihni baru hari dapat merasakanya kira oklah rasa dia.yang saya paling suka kat kuihni dia bersarang macam sarang lebah lembut kenyal memang sedaplah....tapi yang tak sedapnya kena tunggu lama sangat nak diperapkan lebih kurang 5jam menunggu baru boleh makan hehehe sabar........
resepi copy dari mana dah lupa sebab simpan lama sampai dah bersarang.sesuai dengan kuihni ada sarang lagi sesuai dengan blogni yang bersarang sebab puan yang empunya asyik dok dalam sarang (terlebih rajin).resepi ada saya sertakan sekali......
BAHAN A
                  1 sudu besar yis mauripan
                  1 sudu besar gula pasir
                  125ml air suam
                  150gm tepung gandum
BAHAN B
                  150gm tepung ubi
                  300gm gula pasir
                  5 biji telur
                  1/2 sudu kecil garam
                  1 sudu kecil esen vanilla/pandan
                  50ml air daun pandan
                  1/4 sudu kecil pewarna hijau
                  mentega cair untuk laser
BAHAN C
                  450ml santan pekat masak mendidih sejukan
                  sedikit bijan untuk tabur
CARA...
                 - bancuh bahan a dalam mangkuk yang besar hingga rata dan
                    perap 1jam.
                 -pukul telur,gula,esen vanilla,garam sehingga kembang.
                 -masukan dalam bahan a dan gaul perlahan sambil masukan
                   tepung ubi sikit demi sedikit.
                 -masukan santan yang sejuk tadi kacau rata.
                 -masukan air daun pandan dan pewarna.
                 -kisar sekejap dengan blender.
                 -perap 3jam.
                 -laserkan acuan dengan mentega cair.
                 -bakar 40minit sehingga masak.
                 

iklan