iklan

sahabatku

Ahad, 20 Februari 2011

sambutan majlis maulidur rasul

                                                                                                                                                        

                             
assalammualaikum,
semalam dengan jayanya majlis maulidur rasul dlaksanakan dikawasan perumahan blog 18 taman cendana.SYARIKAT ANTARA STELL.tempat hubby berkerja.kami melakukan secara gotong royong dari jumaat malam kami dah mulakan kerja-kerja.1 ekor lembu dan kambing sedekah dari pekerja yg lakukan korban dan akikah. gambartu saya snap dari atas yang baru disembelih seawal 7.30pagi.
                                                                                                                                                         

lembu dan kambing yg sedang dilapah oleh sebahagian pekerja yg datang bergotong royong.kambing hanya 2orang maklumlah saiz kambing yang kecil dibandingkan dengan lembu ramai yg diperlukan supaya cepat kerja dibereskan. waktu tengahari para lelaki masak sup tulang lembu dan lauk sampingannya kaum hawa bawa dari rumah masing buat memeriahkan majlis makan tengahari. tapi saya x snap gambar masa makan tengahari lupa pula (tengah sedap makan sup hehehe).
dan inilah rakan-rakan yg sibuk menghiasi pelamin hehehe.saya x ada sebab ambil gambar.berposing sekejap selepas selesai semua tugas hias menghias.dan ceramah pada malamnya ustaz dari badan kebajikan islam pekerja antara stell.x dapat nak ambil gambar penceramah sebab sibuk dibelakang sediakan apa yang patut (bukan mengular tau) hehehe.alhamdulillah agak ramai juga tetamu yang hadirkan diri dan menyepurnakan majlis dan semuanya berjalan dengan sempurna.selamat bertemu kembali.
                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan