iklan

sahabatku

Selasa, 22 Februari 2011

HILANG.......KENA CURI.......

assalammualaikum......
hari ini barang mr hubbyku HILANG kena curi malam tadi walaupun ia sekadar kecil tapi ia tetap merbahaya bagi kawasan perumahanku.semenjak aku menetap disini sudah banyak rumah jiran aku dimasuki PENCURI macam2 barang dah HILANG.bila pagi bila keluar pintu hendak memulakan langkah mencari rezeki untuk kami sekeluarga tiba-tiba ianya tiada cari sekeliling juga tiada huhuhu.....
mr hubby kata mungkin bukan rezeki dia lagi.(habis tak kan rezeki orang yg mencuri kot itu bukan rezeki namanya).nak marah pun x ada guna ia tetap x ada lagi dah HILANG.......
baru bulan lepas nyaris ekzos motor nyaris kena curi tapi masih dapat diselamatkan oleh jiranku.waktu tengahari dimana rata-rata semua pintu rumah dah tutup maklumlah lepas makan tengahari apalagi zzzzzz.
2 TAHUN lepas barang yang paling hubby sayang juga pernah HILANG.tapi lagi menyedihkan ianya berlaku dalam masa sebulan.mula HILANG sebuah motor RXZ yg mana banyak kenangan masa bercinta dulu.hingga sekarang aku dan hubby masih bercita-cita hendak membelinya semula jika di murahkan rezeki AMIN..... dan kemudian kereta TOYOTA jenis lama yg hubby minat dan pujaannya.dia sanggup membelinya dari rakanya walaupun dengan harga yang tinggi.walaupun hari ini yang HILANG cuma KASUT dan 2biji BATERI kereta.aku tetap bersyukur pencuri tidah masuk dalam rumah.
mungkin ini semua duggaan dariNYA supaya kita tidak terlalu taksub dengan harta dunia sahaja.
YA ALLAH AKU BERSYUKUR APA YANG ENGKAU BERIKAN DAN AKU BERSERAH APA YANG ENGKAU AMBIL DARI KAMI DAN JAUHKAN KAMI SEKELUARGA DARI API NERAKAMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

iklan