iklan

sahabatku

Selasa, 22 Februari 2011

HILANG.......KENA CURI.......

assalammualaikum......
hari ini barang mr hubbyku HILANG kena curi malam tadi walaupun ia sekadar kecil tapi ia tetap merbahaya bagi kawasan perumahanku.semenjak aku menetap disini sudah banyak rumah jiran aku dimasuki PENCURI macam2 barang dah HILANG.bila pagi bila keluar pintu hendak memulakan langkah mencari rezeki untuk kami sekeluarga tiba-tiba ianya tiada cari sekeliling juga tiada huhuhu.....
mr hubby kata mungkin bukan rezeki dia lagi.(habis tak kan rezeki orang yg mencuri kot itu bukan rezeki namanya).nak marah pun x ada guna ia tetap x ada lagi dah HILANG.......
baru bulan lepas nyaris ekzos motor nyaris kena curi tapi masih dapat diselamatkan oleh jiranku.waktu tengahari dimana rata-rata semua pintu rumah dah tutup maklumlah lepas makan tengahari apalagi zzzzzz.
2 TAHUN lepas barang yang paling hubby sayang juga pernah HILANG.tapi lagi menyedihkan ianya berlaku dalam masa sebulan.mula HILANG sebuah motor RXZ yg mana banyak kenangan masa bercinta dulu.hingga sekarang aku dan hubby masih bercita-cita hendak membelinya semula jika di murahkan rezeki AMIN..... dan kemudian kereta TOYOTA jenis lama yg hubby minat dan pujaannya.dia sanggup membelinya dari rakanya walaupun dengan harga yang tinggi.walaupun hari ini yang HILANG cuma KASUT dan 2biji BATERI kereta.aku tetap bersyukur pencuri tidah masuk dalam rumah.
mungkin ini semua duggaan dariNYA supaya kita tidak terlalu taksub dengan harta dunia sahaja.
YA ALLAH AKU BERSYUKUR APA YANG ENGKAU BERIKAN DAN AKU BERSERAH APA YANG ENGKAU AMBIL DARI KAMI DAN JAUHKAN KAMI SEKELUARGA DARI API NERAKAMU.

Isnin, 21 Februari 2011

melayan karenah anak difestival layang-layang.

assalamualaikum.....
semalam pergi taman bandar melayan karenah anak yang sibuk nak pergi tengok layang-layang aduss fening....dengan selautan manusia dan jalan yang jem berjela-jela.sampai nak parking pun susah dapatnya pun kat pintu masuk terpaksa jalan sikit hehehe...demimu anak kukorbankan lemak yang ada ditubuhku (boleh gitu) kekeke......
dapat pergi sana suka bukan main. lagi kalau dapat ambil gambar dengan gaya tersendiri.yang siadik sampai tukar seluar daripada sedondon dengan kakaknya dah jadi warna biru pula sebab terkucil x sempat pergi tandas. nasible bawa baju lebih memang dah agak kalau pergi tempat yang ramai macam-macam ragam.tapi yang kesianya ramai pula anak yang hilang dari ibu bapa.budak-budak macam gitulah perangainya pantang lepa sikit terus gaib dari pandangan.
kami pergi pun dah agak lewat petang juga layang-layang pun x nak naik lagi lagipun dah x ada angin hujan renyai-renyai.inijelah gambar layang-layang yang tinggal snapjelah.apa orang kata buat ada-adaje.kekekeke..gerai yang ada pun boleh buat kita fening masuk sini pun penuh sana pun penuh alahai nak pilih pun susah.akhirnya bila dah penat duk lepakje tengok orang yg lalu.tahun depan ada lagi boleh pergi lagi insyaalah jika tuhan panjangkan umur kami sekeluarga.AMIN...... 

Ahad, 20 Februari 2011

sambutan majlis maulidur rasul

                                                                                                                                                        

                             
assalammualaikum,
semalam dengan jayanya majlis maulidur rasul dlaksanakan dikawasan perumahan blog 18 taman cendana.SYARIKAT ANTARA STELL.tempat hubby berkerja.kami melakukan secara gotong royong dari jumaat malam kami dah mulakan kerja-kerja.1 ekor lembu dan kambing sedekah dari pekerja yg lakukan korban dan akikah. gambartu saya snap dari atas yang baru disembelih seawal 7.30pagi.
                                                                                                                                                         

lembu dan kambing yg sedang dilapah oleh sebahagian pekerja yg datang bergotong royong.kambing hanya 2orang maklumlah saiz kambing yang kecil dibandingkan dengan lembu ramai yg diperlukan supaya cepat kerja dibereskan. waktu tengahari para lelaki masak sup tulang lembu dan lauk sampingannya kaum hawa bawa dari rumah masing buat memeriahkan majlis makan tengahari. tapi saya x snap gambar masa makan tengahari lupa pula (tengah sedap makan sup hehehe).
dan inilah rakan-rakan yg sibuk menghiasi pelamin hehehe.saya x ada sebab ambil gambar.berposing sekejap selepas selesai semua tugas hias menghias.dan ceramah pada malamnya ustaz dari badan kebajikan islam pekerja antara stell.x dapat nak ambil gambar penceramah sebab sibuk dibelakang sediakan apa yang patut (bukan mengular tau) hehehe.alhamdulillah agak ramai juga tetamu yang hadirkan diri dan menyepurnakan majlis dan semuanya berjalan dengan sempurna.selamat bertemu kembali.
                               

Selasa, 15 Februari 2011

rezeki memancing malam maulidur rasul


                          
              
ASSALAMMUALAIKUM.....
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.....
inilah rezeki malam malam tadi mr hubby pergi memancing dgn kawan sekerjanya.alhamdulilah dapatlah rezeki untuk kami sekeluarga menjamu selera.kali ini agak lumayan juga berbanding sebelumnya.hubby pergi 4 orang hasilnya dibahagi 4 sama rata.dia pulang pun dgn muka senyum lebar hehehe...agak lama juga dia pergi dari 9malam hingga 11pagi macam nelayan pula.ikan sembilang,ketam dan belangkas masih hidup lagi.kalau belangkas nak dbuat apa kasi anak2 mainje.hehehe tengolah ikan sembilang main sembunyi belakang ketam(malu konon) sekali kasi interprem sikit cepatjer dia nak melompat.
masa hubby balik belum masak tengahari lagi.tengok ketam selera pula saya masak lemak cili padi yang x berapa pedas anak kata pedas tapi lajujer dia makan hehehe...sedap juga kalau masih baru manis isinyer.saya masak adalah dlm 7ekor sekali makan habis muahahaha licin.... makan malam nanti kenalah masak lagi....tangkapan malam tadi cukuplah untuk seminggu syukur x payahlah pergi kipmart mancing ikan tunjuk hehehe....TERIMA KASIHLAH PADA HUBBY DAN RAKANNYER minggu depan kalau cuti hari minggu pergi lagi yer.

Jumaat, 11 Februari 2011

cekodok pisang .


hai selamat petang...dan salam jumaat semua...
hari ini minum petang buat cekodok pisang.asalnya pisangni nak dbuat kek tapi terjadinyer cekodok
tapi rasanyer macam kek hehehe... sebab guna baking powder.alahai nak sedapkan tekak.
pisangni bawa balik dari kampung masa cuti raya cina tempohari.dapatlah buat minum petang untuk 
anak.alamak hujan anak ibu tolong angkat kain bebudakni kalau hujan mulalah muka monyok
semacam.sebab x dapat main kat bawah hehehe..jawab kejab lagi adalah permintaan nak pergi taman.
jawabnyer kenalah bagi umpan pergi kebayan mesti suka punya muka lupa sekejap pasal x dapat main.
macam gitulah kalau anak kecil lagi adajer karenahnyer.alhamdulillah semuanya nakal-nakal baik.

kek chiffon pisang berhias

assalammualaikum,,
inilah kejadian kek yg dah sampai seru....
buat kekni pun nak kasi perhabiskan pisang yg masih berbaki. itupun masih ada fening lagi apa nak dibuat lagi.buat kek ini saja suka-suka anak-anak lagilah suka hehehe.tapi x boleh makan lagi sebab kena tunggu ayah diaorang balik dari kerja malam nanti baru dapat merasmikan adengan potong kek.
                                                                                                                                                                   
inilah bebudak yang sibuk nak bergambar dengan kek yang belum dhias.sibuk nak bergambar tapi x reti diam masing2 nak gaya sendiri hehehe macam gaya ada yg tunjuk gigilah, yg x sempat pakai baju pun ada. yang siadik x sempat nak pose dok jeling kakak dia tunjuk gigi.kalau masa nak hiaskan kek lagilah semua dok kerumun nak rasa cream nanti masa makan kek diaorang sapu bersih cream dulu kenalah ibu habiskan kek yg x berhias huhuhu... sabar tau anak-anak malam nanti kita potong kek ye anak ibu baikkan kan...kan...

Rabu, 9 Februari 2011

puding caremel cake

puding karemel kek ini projek malam tadi buat.simpan lama dah kekawan lain dah ramai yg buat saya baru nak cuma nasib baiklah jadi lega...mula nak buat fening sikitler apapun memang sedap dapatlah pujian dari hubby.apalagi semakin kembang bila dpuji hehehe...(perasan lebih).resepi ini copy dari dapur comelku terima kasih bebanyak sebab sudi halalkan saya copy.kat sini saya sertakan resepinyer.....
           
BAHAGIAN A- GULA HANGUS
 2 sudu besar gula
tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan.biarkan gula hancur tukar warna jadi perang.

BAHAGIAN B-KAREMEL
1/2 tin susu cair
70gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

C-LAPISAN KEK  
140gm tepung gandum
70gm gula castor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu kecil baking powder
45ml butter cair
2 sudu besar susu pekat manis
warna kegemaran

D-MERIEGU
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tartar

CARA
-kacau bahan b dgn api perlahan jangan sampai buih nanti x jadi karemel.
-masukan bhn b dlm loyang yg ada gula hangus tadi ketepikan
-pukul bhn c guna senduk kayu tambah susu pekat manis
-pukul bhgian d kembang bila angkat x jatuh
-campurkan adunan c dan dgaul ringan sebati
-bahagi adunan beberapa bahagian letak warna
-masukan dlmloyang yg ada karemel tadi selang selikan warna letak dtgh loyang
-bakar cara double boiling 1 jam 160-180 celsius
-bila masak rehatkan kek 10mnt baru terbalikan kek yg dbakar
-masukan dlm peti sejuk 1jam dan makan sejuk


         

Selasa, 8 Februari 2011

KEMBALI BERSIARAN JENG...JENG

assalamualaikum...hai semua rakan seantero.kini saya dah kembali lama dah rasanyer bertenang al maklumlah baru nak berjinak-jinak dlm dunia berblogni. harapnyer dapatlah kekawan sudi turunkan ilmu boleh dkongsi bersama.dapat saya luangkan masa ckit anak yang sulung sekolah yang lagi 3 org bukakan cd mesti tidur punya bebudak2.apalagi sepantas kilat si ibu on pc masa terhad kejap lagi diorang bangun dah nak sediakan minum petang dgn en hubby balik dari kerja.rasanyer macam kejapjer masa nak dikejar tapi x terkejar...hehehe.rasanyer sampai sini dulu esok jika ada kesempatan dan umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi bye bye.......

iklan